TERSUKA TANPA SENGAJA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

28 November 2015

TERSUKA TANPA SENGAJA

TERSUKA TANPA SENGAJA


TERSUKA TANPA SENGAJA,beli novel TERSUKA TANPA SENGAJA ONLINE, BACA NOVEL TERSUKA TANPA SENGAJA ONLINE,BARISAN PELAKON TERSUKA TANPA SENGAJA,SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA,OST TERSUKA TANPA SENGAJA, LAGU-LAGU DALAM TERSUKA TANPA SENGAJA,TONTON DRAMA TERSUKA TANPA SENGAJA ONLINE
picture kredit : PENA KAYU FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TERSUKA TANPA SENGAJA  || Akan datang sebuah drama adaptasi novel akan ditayangkan ke kaca tv. Tarikh ditayangkan belum ada lagi, kita tunggu aje ya. Jom kita tengok barisan pelakon serta sinopsis Tersuka Tanpa Sengaja ni.


BARISAN PELAKON TERSUKA TANPA SENGAJA:

Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi

WATAK PELAKON

Amar Baharin sebagai Doktor Syed Arif 
Emma Maembong sebagai Farhah
Amyra Rosli sebagai Katrina
Hafreez Adam sebagai Doktor Armand
Natasha Elyzza sebagai Azrina
Kuza sebagai Datin Khalida
Watie Sadali sebagai Kak Naila
Azri Iskandar sebagai Dato Alias
Ajeera Rosli sebagai Linda
TERSUKA TANPA SENGAJA, SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA, BARISAN PELAKON TERSUKA TANPA SENGAJA, OST TERSUKA TANPA SENGAJA, NOVEL TERSUKA TANPA SENGAJA, PENULIS NOVEL TERSUKA TANPA SENGAJA,BACA NOVEL TERSUKA TANPA SENGAJA ONLINE
blog PENAKAYU

SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA 

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima. 

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.



Sumber boleh dipercaya: DI SINI



2 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...