RIZAB HIDUPAN LIAR TABIN

TAMAN HIDUPAN LIAR TABIN



TAMAN HIDUPAN LIAR TABIN,rizab hidupan liar tabin, TABIN LAHAD DATU SABAH





Latar belakang
Rezab Hidupan Liar Tabin telah diwartakan pada tahun 1984 di bawah Enakmen Hutan,1968 dan dikategorikan sebagai Hutan Simpan Kelas VII. Rezab ini mempunyai keluasan kawasan 120,521 hektar dan merupakan kawasan dilindungi (Protected Area) yang paling besar di Negeri Sabah. Rezab ini merupakan Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Kewujudan Rezab Hidupan Liar Tabin ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk melindungi dan memelihara hidupan liar khususnya mamalia besar seperti Badak Sumatra. Antara lain objektif pengurusan Rezab Hidupan Liar Tabin ialah untuk mempastikan perlindungan berkualiti tinggi bagi spesis-spesis terancam seperti Badak Sumatra.



Konservasi
Selain dari usaha Jabatan Hidupan Liar menjalankan program-program konservsi hidupan liar, Terdapat dua program atau projek yang sedang dilaksanakan oleh jabatan dengan kerjasama NGO di Rezab Hidupan Liar Tabin iaitu “Orangutan Post-Release Monitoring” yang dijalankan oleh UK Appeal dan Borneo Rhino Sanctuary (BRS) yang dijalankan oleh BORA (Borneo Rhino Alliance).

Tarikan Pelancong Di Rezab Hidupan Liar Tabin

Kewujudan Gunung Berapi Lumpur (GBL) yang terbentuk akibat daripada tindakbalas gas-gas volkanik terhadap lapisan Lumpur dan batu-batan di dalam perut bumi yang membuntuk serpihan lebih kecil lalu menolak lumpur dan serpihan batu ini keluar ke permukaan bumi melalui rekahan-rekahan yang lemah. Terdapat empat (4) buah GBL di Rizab Tabin. GBL Lipad adalah yang paling hampir dengan Pejabat Hidupan Liar Tabin. GBL Lipad mempunyai ukuran 150 diameter dan merupakan GBL kedua terbesar selepas GBL Tabin yang berkeluasan 283 meter diameter. GBL Lipad ini masih aktif meledakkan lumpur sejak tahun 1996. Ledakan Lumpur menjadikan GBL Lipad ini semakin membesar dan meninggi.


Mandi lumpur gunung berapi merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh pengunjung yang datang ke GBL Lipad. Lumpur gunung berapi ini dikatakan boleh menghaluskan kulit muka dan badan.
Aktiviti Pemerhatian Hidupan Liar pada waktu malam boleh dilakukan dengan menggunakan kenderaan atau dengan berjalan kaki.







Pemerhatian Burung (Bird Watching) adalah salah satu aktiviti pelancong di rezab ini yang biasanya dilakukan pada waktu pagi memandangkan ini adalah masa burung aktif mencari makanan dan mudah untuk dilihat.

Kemudahan Pelancongan
Tabin Wildlife Resort yang dikendalihkan oleh Tabin Wildlife Holiday menyediakan kemudahan kepada para pelancong seperti penginapan, makanan dan minuman, pemandu pelancong dan pengangkutan.

Penyelidikan
Pelbagai penyelidikan telah dan sedang dijalankan oleh penyelidik tempatan dan luar negeri. Para penyelidik terutamanya penyelidik tempatan adalah dialu-alukan untuk menjalankan penyelidikan di Rezab Hidupan Liar Tabin.

Pendidikan Sejadi
Jabatan Hidupan Liar Tabin mengalu-alukan semua agensi yang ingin mengadakan program pendidikan sejadi di Rezab Hidupan Liar Tabin. Direzab ini terdapat kemudahan yang disediakan untuk para pelajar iaitu asrama yang berkapasiti 40 orang, pusat pendidikan sejadi dan denai-denai serta kemudahan riadah seperti air terjun dan sebagainya.

Fee Masuk
Pada masa ini tidak ada fee kemasukan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hidupan Liar. Walaubagaimanapun pelawat yang datang berkunjung ke rezab ini haruslah melalui pakej pelancong yang di sediakan oleh Tabin Wildlife Holiday.

Perhubungan.
Rezab Hidupan Liar Tabin boleh dihubungi dengan jalanraya dari Bandar Lahad Datu sejauh 52 km melalui Jalan Tungku. 

Pejabat Hidupan Liar Tabin boleh dihubungi melalui telepon 0198806113 dan email atau surat menyurat di alamat No. 8125, Lot 1, Blok 10, Singah Point, Peti Surat 61224, 91121 Lahad Datu.

2 000 komplen:

  1. Ini salah satu cara lindungi alam semulajadi kan KG..lindungi habitat semulajadi tumbuhan dan haiwan..

    BalasPadam
  2. Saya pernah sampai sini ketika bekerja di lahad datu dahulu

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...