REVIEW FILEM JELMAAN - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

10 November 2015

REVIEW FILEM JELMAAN

REVIEW FILEM JELMAAN

REVIEW FILEM JELMAAN, SINOPSIS FILEM JELMAAN, BARISAN PELAKON JELMAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

REVIEW FILEM JELMAAN  || Sepanjang KG melayan movie Jelmaan ini tiada adegan yang membosankan. Cuma adegan Lina (Raja Ilya) balik-balik menjerit panggil anak dia tu buat KG rasa kurang best.  First time KG suka dengan lakonan Raja Ilya. Selalu sangat tengok dia berlakon dengan watak jahat (antagonis) kali ini dia pelakon baik-baik sikit la pada KG. 

Perjalanan cerita tidak menghampakan. Menimbulkan tanda tanya 'eh...diorang ni dah mati atau hidup?' Ha...dekat nak habis baru KG faham yang dorang ni sebenarnya dah meninggal masa kemalangan tu. Tapi yang tidak bestnya, bila tok bomoh tu mati la pula kena bunuh Lina. Siapa yang nak kebumikan 'mereka'mereka' yang belum aman tu? Atau belum dapat terima kenyataan bahawa mereka sudah meninggal.

Ending movie ni KG puashati juga la biarpun 'mati'. Tapi kepuasan tu bila satu keluarga bersama biarpun sudah berada didunia'sana'. Apapun...KG sarankan korang tengok sendiri. Tak rugi pun tengok movie ni. KG Tonton Online Filem Jelmaan ni. Dan, KG bagi 4 setengah bintang. Sebabnya .....adalah tu.


SINOPSIS FILEM JELMAAN

Filem Jelmaan mengisahkan sebuah tragedi yang telah mengubah kehidupan sebuah keluarga bahagia. Tidak disangkakan, percutian di Jogjakarta yang sudah lama diidamkan menjadi mimpi ngeri buat Lina (lakonan Raja Ilya), Lia (lakonan Mia Sara), Adi (lakonan Rykarl Iskandar) dan Harun (lakonan Keith Foo) apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh tiba-tiba menghantui kehidupan mereka.
Demi kasih sayang terhadap anak-anaknya, Lina bermati-matian melindungi Lia dan Adi. Keadaan bertambah rumit apabila beliau bersendirian menghadapi semuanya tanpa kehadiran suamiya, Harun di sisi. Bagaimanakah nasib mereka sekeluarga? Mampukah mereka mengecap semula kebahagiaan yang diragut? Sama-sama kita saksikan.
BARISAN PELAKON JELMAAN:Raja Ilya, Keith Foo, Mia Sara, Rykal dan beberapa orang pelakon Indonesia.

2 ulasan:

  1. kite dah tgk dah kak. tapi bagi saya agak membosankan sbb cerita dia banyak putar2 kat villa tuuu jee..

    BalasPadam
  2. Lama dah tak layan filem seran tempahan.. Layan omputih je..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...