ABANG SADO JEMUR KAIN - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

17 November 2015

ABANG SADO JEMUR KAIN

ABANG SADO JEMUR KAIN

ABANG SADO JEMUR KAIN,SINOPSIS ABANG SADO JEMUR KAIN,BARISAN PELAKON ABANG SADO JEMUR KAIN,OST ABANG SADO JEMUR KAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ABANG SADO JEMUR KAIN  || Alaa Bib baru saja berlalu. Kini digantikan dengan drama Abang Sado Jemur Kain. Tajuk pun dah nampak menarik kan. KG belum sempat layan lagi drama ni. Tapi nampaknya macam menarik, jadi nak try layan la.


Masa Siaran: Isnin - Khamis (Jam 6.30 petang)
Saluran : TV3 Slot Iris
Barisan pelakon Abang Sado Jemur Kain: Shah Jaszle, Janna Nick, Cat Farish, Lan Siro, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan, dan Kartina Aziz.

SINOPSIS ABANG SADO JEMUR KAIN


Drama 20 episod ini mengisahkan Marzuki (lakonan Shah Jaszle), Budin dan Riduan (lakonan Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.
 
Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.

Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan. 

Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam. 

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng.
 
Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu? 

Sumber : DISINI

4 ulasan:

  1. PC pun baru tengok ni KG..hihi...

    BalasPadam
  2. mummy pun tertengok2 jugak citer ni waktu relax2 balik keje.. cuma heran tu Shah Jazle ker...? awat kembang...

    BalasPadam
  3. nampak menarik tap as usual SA akan terlepas

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...