15 CARA JADIKAN ROOMMATE ANDA GILA! - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

02 November 2015

15 CARA JADIKAN ROOMMATE ANDA GILA!

15 CARA JADIKAN ROOMMATE ANDA GILA!


15 CARA JADIKAN ROOMMATE ANDA GILA!


1. Buat-buat terjaga tengah malam : jerit sekuat hati "Tolong! Aku kat mana ni? Kembalikan aku ke tempat asal!". Lepas tu menangis. Esoknya, kalau dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.
2. Ambil marker : buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak…dah merebak!”. Jangan lupa buat muka cemas.
3. Beli pokok cactus. Bercakap : tidur dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu ..cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar  menghempaskan pintu bilik dengan kuat.
4. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
5. Duduk di depan papan chess dua atau tiga jam tanpa buat apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi!".
6. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidur. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat “Horee…!”. Bukak lampu semula.
7. Pakai topi kertas. Bila dia masuk bilik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda?” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”
8. Bila roommate anda hampir siap mandi, ambil phone dia dan pura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Bila dia dah nampak anda dengan phone dia, cakap "Nah phone kau, tadi mak kau telefon."
9. Tampal risalah "Roommate Hilang" di kawasan kampus. Sertakan sekali gambar roomate anda.
10. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.
11. Duduk sambil renung roommate anda selama 2-3 jam. Kalau boleh, bawa kawan-kawan lain sekali sambil makan kacang dan popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
12. Masa roommate tiada, ambil deodoran & sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
13. Pegang dan gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Buat sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
14. Mase roommate tidur, panggil kawan-kawan dalam 10 orang untuk baca yasin ramai-ramai. Pastikan pakai jubah/baju melayu dan bersongkok putih. Bila dia terjaga, buat-buat tak tahu, teruskan bacaan.
15. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan!
Sekadar gurauan. Don't take it seriously k.
Best Regards,
Rizal Sadiman.

kredit : di sini

1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...