SINOPSIS DRAMA DAN NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

22 Oktober 2015

SINOPSIS DRAMA DAN NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

SINOPSIS DRAMA DAN NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

SINOPSIS DRAMA DAN NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,SINOPSIS DRAMA  CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,SINOPSIS BELAKANG NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU, BARISAN PELAKON DRAMA  CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,OST CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU, PENULIS NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,HARGA NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,TONTON CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU FULL EPISOD, LAGU-LAGU DALAM DRAMA CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU


SINOPSIS DRAMA CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,.

Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha? 


JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

Drama baru adaptasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku karya Airisz 
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : -
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS: Airisz (Penulis Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku)
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : -
BARISAN PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz

sumber : di SINI

SINOPSIS DRAMA DAN NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,SINOPSIS DRAMA  CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,SINOPSIS BELAKANG NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU, BARISAN PELAKON DRAMA  CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,OST CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU, PENULIS NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,HARGA NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU,TONTON CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU FULL EPISOD, LAGU-LAGU DALAM DRAMA CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

SINOPSIS BELAKANG NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss,TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! 

Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS… 


Babe (Dia panggil aku babe.) 


Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)


Lunch sama (Dia ajak.) 


Okey (Aku nak.) 


Kat mana (Dia tanya.) 


Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.) 


Okey cantikkk… (Dia setuju.)


Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.


Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?

4 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...