SINOPSIS CEREKARAMA CERMIN KASIH - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

10 Oktober 2015

SINOPSIS CEREKARAMA CERMIN KASIH

SINOPSIS CERMIN KASIH



SINOPSIS CEREKARAMA CERMIN KASIH,barisan pelakon cermin kasih, ost cermin kasih,tonton online cermin kasih



Assalamualaikum dan salam sejahtera


SINOPSIS CEREKARAMA CERMIN KASIH || Jom kita baca apa sinopsis cerekarama malam ni. Tiz Zaqyah digandingkan bersama Shaheizy Sam. Jangan lupa ya, tonton Cermin Kasih jam 10 malam di TV3 malam ni. 

Mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Shaheizy Sam) atas pilihan keluarga. Marina merasakan Amran seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hatinya. Rumah tangga mereka amat membahagiakan kerana Marina ditatang bagai minyak penuh dan diberikan kemewahan tanpa dia mengetahui pekerjaan sebenar Amran sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dadah kepunyaan Amran. Barulah Marina mengetahui bawaha Amran adalah seorang pengedar dadah.

Marina mahu meninggalkan Amran. Oleh kerana terlalu sayangkan isterinya, Amran menyuntik Marina dengan dadah sehingga mengheret Tina ke dalam kancah penagihan dadah. Marina terus setia bersama Amran bukan lagi kerana mencintai suaminya itu, tetapi kerana dia perlukan bekalan dadah. Apabila rumah mereka diserbu, Amran ditembak mati manakala Marina diberkas Polis. Marina terpaksa menanggung derita menjalani hukuman penjara dalam masa sama dia sedang hamil dan terpaksa melahir dan membesarkan anaknya di sebalik tirai cermin.

CERMIN KASIH - Ilham kisah benar

Menurut Arie(PRODUSER telefilem Cermin Kasih), Cermin Kasih yang diilhamkan Kip Adlie adalah berdasarkan kisah benar di mana wanita sering terperangkap dalam kasih sayang seorang  lelaki.
“Kip Adlie berpengalaman menelusuri kehidupan dan perasaan ditanggung wanita yang terpaksa merengkok di penjara akibat menjadi mangsa penganiayaan dan perbuatan sendiri.
“Apa pun kesilapan mereka lakukan dan angkara siapa, ia memberi kesan mendalam kepada sesiapa yang melihat penderitaan mereka. Kasihnya ibu, hanya dapat bercakap dengan anak mereka di sebalik cermin kerana anak yang dilahirkan dalam penjara hanya boleh bersama ibu mereka sehingga anak itu berusia tiga tahun.
“Sebab itulah telefilem ini diberi judul Cermin Kasih kerana Tiz hanya boleh bercakap dengan anaknya, Mariam, yang dibesarkan ibu bapanya  di sebalik cermin yang menjadi saksi kasih sayang dua beranak itu. Ciuman Tiz pada Mariam hanyalah menerusi cermin itu tanpa dapat merasakan kehangatan pipi anak kesayangannya itu ,” katanya.
Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah  berkahwin dengan Amran (Saheizy Sam) atas pilihan keluarga. Rumah tangga mereka bahagia sehinggalah Marina mengetahui pekerjaan sebenar Amran. Namun dia dipergunakan Amran untuk pengedaran dadah. Saksikan Cermin Kasih, Sabtu ini jam 9 malam, di TV3. SUMBER - BACA PENUH DI SINI

2 ulasan:

  1. comel wajah baru blog KG..masih dalam pembinaan ye...
    baca sinopsis ni pun sedih..tak tahu lah dapat tengok ke tidak..hujan lebat..ada kilat..ada guruh..takut pulak PC..

    BalasPadam
  2. tak tengok malam tadi, tapi mostly yang tengok cakap sedih sangat cite ni

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...