JOM TONTON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

31 Oktober 2015

JOM TONTON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG

TELEFILEM TRAVELLING BERUANG 


BARISAN PELAKON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG,SINOPSIS TRAVELLING BERUANG,JOM TONTON TELEFILEM TRAVELLING BERUANG ,TELEFILEM TRAVELLING BERUANG


SINOPSIS TRAVELLING BERUANG
Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi? 

JUDUL : TRAVELLING BERUANG
TARIKH / MASA : 31 Oktober & 1 November 2015, 9.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Syahid Johan dan Jay Jamal 
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Zara Zya, Elizad Sharifuddin, Yuyun Yuzlin, Baby Sofea, Ammar Titan,  Zul Huzaimy, Yana Samsudin

KREDIT :DISINI

3 ulasan:

  1. best dan sedihkan. nntikan bahagian 2 lak..

    BalasPadam
  2. SELAMAT MALAM...SYIRA LOKMAN SINGGAH TENGOK TUAN BLOG UPDATE APE..HEHE..KEEP IT UP ! :D

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...