CINTA SI WEDDING PLANNER( AKAN DATANG DI SLOT AKASIA TV3) - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

17 Oktober 2015

CINTA SI WEDDING PLANNER( AKAN DATANG DI SLOT AKASIA TV3)

CINTA SI WEDDING PLANNER


CINTA SI WEDDING PLANNER,NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER, DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER,SINOPSIS CINTA SI WEDDING PLANNER,BARISAN PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER,TONTON ONLINE CINTA SI WEDDING PLANNER,FULL EPISOD CINTA SI WEDDING PLANNER.MIRA FILZAH,OST CINTA SI WEDDING PLANNER, LAGU-LAGU DALAM DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER
SUMBER:MR.GOOGLE


Assalamualaikum dan salam sejahtera

CINTA SI WEDDING PLANNER || Wah...Tajuk macam menarik aje kan. Okey ni drama adaptasi dari novel Cinta Si Wedding Planner yang ditulis oleh Dhiyana. Makin banyak novel yang diadaptasikan. Pelakon pun ramai muka baru... Eh ..Mira Filzah tu kira muka baru juga ker? heheheh... Kalau ada yang tak kenal dengan awek comel ni meh KLIK SINI. Okey la, meh KG bawa korang baca apa sinopsis Cinta Si Wedding Planner ni.

SINOPSIS CINTA SI WEDDING PLANNER


Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. 



Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.


Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?  


AKAN DATANG DI SLOT AKASIA TV3(2016)

CINTA SI WEDDING PLANNER,NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER, DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER,SINOPSIS CINTA SI WEDDING PLANNER,BARISAN PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER,TONTON ONLINE CINTA SI WEDDING PLANNER,FULL EPISOD CINTA SI WEDDING PLANNER.MIRA FILZAH
Jumlah episod: 28
Tarikh: 30 Disember 2016
Pengarah:
Terbitan: Primeworks Studios Sdn Bhd
Pelakon: Mira Filzah, Adi Putra, Shima Anuar






8 ulasan:

  1. Banyaknya adaptasi novel yang best best 2016 wahai KG..

    BalasPadam
  2. mesti best !!

    ehfarahin.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Tajuk macam best..

    macam dah lama ja tak baca novel...

    KG, pinjam novel.. kih2

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. tajuk lagu Kekal Bahagia nyanyian Ippo Hafiz dan Takkan Pergi Hyper Act

      Padam
    2. Mp3 die at mne KG?? Thu x

      Padam
    3. Cmner nk cri lgu mp3 Nie .. Thu x link die

      Padam
    4. Mp3 die at mne KG?? Thu x

      Padam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...