APA ITU LEPTOSPIROSIS PUNCA SERTA CARA RAWATAN - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

10 Oktober 2015

APA ITU LEPTOSPIROSIS PUNCA SERTA CARA RAWATAN

APA ITU LEPTOSPIROSIS PUNCA SERTA CARA RAWATAN

PENCEGAHAN LEPTOSPIROSIS,APA ITU LEPTOSPIROSIS PUNCA SERTA CARA RAWATAN,GEJALA LEPTOSPIROSIS,PENYEBAB KENCING TIKUS,


APA ITU LEPTOSPIROSIS
Leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang biasanya menjangkiti tikus...

PENYEBAB

Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai pembawa bakteria ini. Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai dan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti oleh penyakit ini. Leptospirosis juga boleh merebak kepada manusia lain melalui darah yang dijangkiti virus ini dan juga cecair badan.

GEJALA

Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya akan mengalami gejala seperti demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan merah mata. Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak mengalami gejala yang disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.

Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan kepada kegagalan ginjal, kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit kuning (jaundice), pendarahan kulit serta boleh mengakibatkan pembengkakan selaput otak (miningitis). Pesakit akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh 4-14 hari tempoh matang. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat menerima rawatan.
Antara tanda dan gejala tersebut adalah:
  • Demam yang tinggi
  • Sakit kepala
  • Menggigil (chills)
  • Sakit otot
  • Muntah
  • Jaundis (penyakit kuning)
  • Radang mata
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Batuk
  • Ruam di kulit.
  • Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah lembab yang dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria Leptospira
  • Bakteria Leptospira juga boleh memasuki tubuh manusia melalui luka atau kudis di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapisan dalam mulut

PENCEGAHAN


Untuk individu yang berinteraksi secara langsung dengan pesakit atau haiwan peliharaan :

1. Gunakan pelindung seperti sarung tangan, masker, pelindung mata, jubah steril dan kasut kedap air;
2. Tutup luka pada kulit;
3. Bersihkan badan setelah melakukan sebarang aktiviti (mandi, cuci tangan dan kaki);
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.

Kepada yang lainnya :

1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor kerana dikhuatiri tercemar oleh bakteria leptospira;
2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan tanah, air atau lumpur;
3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan;
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar tiada genangan air dan jauhkan barang-barang dari tikus.

Segera lakukan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di atas.

GOLONGAN BERISIKO
  • Pengunjung tempat rekreasi atau berkelah
  • Pemburu
  • Kaki Pancing
  • Petani / pesawah /peladang
  • Penternak
  • Pekerja veterinar
  • Pekerja penyelenggaraan perparitan dan pembetungan
  • Pekerja dan pelanggan premis makanan yang kotor

RAWATAN
Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Rawatan awal dengan antibiotik dapat mengelakkan komplikasi dan kematian.
PEMBAWA KUMAN
  • Air Kencing Menjangkiti air/tanah/makanan tercemar Bakteria Leptopira
  • Haiwan jenis redensia seperti tikus terkena air tercemar atau air kencing ke mata Luka atau kudis terdedah kepada air/tanah yang tercemar
  • Tertelan air/makanan tercemar
  • Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing,anjing, lembu, kambing, babi, kuda haiwan liar yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...