4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

19 Oktober 2015

4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

4 PERKARA YANG SAYA TIDAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE || Ambil perhatian kepada semua peniaga online, tolong bagitahu KG apa sebenarnya syarat kalau mahu beli cara borong?.KG binggung dan keliru. KG pernah membeli secara borong dengan mengikut pilihan sendiri dan pernah juga membeli borong dengan cara itu taukeh yang tentukan produk tersebut.

Satu...KG tidak kisah sekiranya belian cara borong itu adil dan saksama. Maksudnya didalam syarat dan terma pembelian di kedai online itu telah dan memang ada menyatakan "setiap pembelian cara borong, semua produk akan pihak kami tentukan" atau "pembeli tidak dibenarkan memilih produk"

Dua..."setiap produk yang kami berikan (borong) adalah diberikan satu design setiap satu..tidak berulang"...kenyataan ini KG suka baca tapi apa yang KG tidak suka, kenapa dalam satu pesanan masih ada design yang sama?...Owh..agaknya design itu kurang mendapat sambutan lalu KG menjadi mangsa? Kejamnya peniaga online ni tau.

Ketiga...kalau minta sms untuk setiap pesanan tolonglah balas mesej pesanan ringkas itu. Jangan tunggu seminggu atau berminggu-minggu. Penatlah saya tunggu. Jenis peniaga macam ini mahu saja KG hubungi terus...Tapi ada sekali KG hubungi terus...langsung tidak dijawab. Huhuhu...mahu berniaga ke tidak?

Keempat...letak kod pada produk tersebut! Penting! KG malas la kalau apa yang KG order tidak sama bilaKG terima. Maksudnya lain diorder lain yang dibagi lepas tu bila KG cakap tidak sama, orang tu senang-senang saja jawab "kalau mahu sebijik, beli la cara runcit" ..Amboi..mesej tu...kalau kau depan aku...aku cucuk biji mata kau...berniaga tapi sombong! Okey la...sebenarnya KG masih mahu membeli cara borong sebab ianya memang kira murah. Tapi tempat KG membeli ini macam tidak mahu menjual pada KG...


OK sekian.

2 ulasan:

  1. sebolehnya win win situation kan KG..sama sama mudah dan berpuas hati..

    BalasPadam
  2. Kadang kadang serba salah juga kalau dah dlm situasi mcm nie. Sebab itu amat penting untuk memastikan peniaga nie benar 2 menjual apa yang mereka iklankan, jangan kita mudah terpedaya dengan diskaun atau apa2 tawaran yang dipaparkan oleh mereka ini.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...