2 KANAK-KANAK ORANG ASLI SELAMAT - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

10 Oktober 2015

2 KANAK-KANAK ORANG ASLI SELAMAT

2 KANAK-KANAK ORANG ASLI  SELAMAT


2 KANAK-KANAK ORANG ASLI  SELAMAT
SUMBER :HARIAN METRO

Assalamualaikum dan salam sejahtera

2 KANAK-KANAK ORANG ASLI  SELAMAT  || KG nampak gambar ni, kesian aje dengan kanak-kanak orang asli tu. Tulang pun dah timbul.Alahai, berapa lama mereka boleh bertahan tanpa makan dan minum tak dapat KG bayangkan. Syukurlah pada yang selamat, yang tak selamat KG ucapkan takziah pada keluarga mereka. Tak tau nak taip apa sebenarnya.'Kelu' jari-jemari KG.

Gua Musang: Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.
Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38,  ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam.
Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.
"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.
Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.
“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya.

4 ulasan:

  1. alhamdulillah ditemui juga dengan selamat antara yg masih hidup.. Sapa lah ye 'seseorang' itu??

    BalasPadam
  2. Tuhan je tau apa yg terpaksa mereka lalui... Ya Allah!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dah jumpa..sama ada ditemui masih bernyawa atau sebaliknya...sekurang kurangnya puas hati keluarga mereka tahu status anak anak mereka..eh...wajah baru ye..

    BalasPadam
  4. Tu lah.. tengok berita semalam .. kurus sangat dah..

    sebulan lebih sesat kat dalam tu..

    kalau SN sesat jugak, mesti kurus and sexy macam derang kan... hik2

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...