10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

11 Oktober 2015

10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU

10 Mengapa Wanita Kuat Cemburu

10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU,CEMBURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU  || Betul...Cemburu tandanya sayang, tapi biarlah berpada-pada kan cemburunya tu. Heheheh...Siapa tak pernah cemburu memang PELIK. Takkan tak pernah rasa cemburu walau sedikit pun? Banyak jenis cemburu ni...bukan dengan pasangan saja tau. Okey, jom kita tengok 10 MENGAPA WANITA KUAT CEMBURU.


Sifat semulajadi
Memang sejak azali wanita mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh. Jika berlaku sedikit perkara yang mungkin remeh bagi lelaki, mereka merasakan perkara yang berlaku terlalu besar sehingga tidak dapat mengawal perasaan. Jadi kena belai hati mereka agak tidak terguris.
Tidak suka berkongsi ( sharing is not caring )
Kamu adalah hak mereka dan kamu tidak boleh dikongsi. Itulah prinsip utama wanita dalam menjalinkan hubungan. Berbeza dengan lelaki, mereka masih mampu berkongsi poligami kasih dengan 3 lagi wanita. Jadi jika anda sudah berkahwin, wanita akan mengaggap anda adalah hak dia seorang.
Rasa tergugat
Kadangkala sifat cemburu berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya. Apatah lagi pula mereka menganggap lelaki lebih pentingkan wanita yang cantik sedangkan sebaliknya bagi lelaki.
Terlalu sayang
Betul ke Cemburu tanda sayang. Bila ada perasaan sayang, maka mereka akan cemburu, jika mereka tidak sayang pada teman lelakinya, maka mereka tidak mengambil serius tentangnya.
sebab wanita cemburu
10 sebab wanita cemburu
Tak suka dibandingkan
Kadangkala wanita tidak suka dibanding-bandingkan kelebihan orang lain dengannya. Jadi elakkan banding-banding pasangan anda walaupun dengan artis sekalipun kecuali anda kata dia lebih hebat dari orang tu..puji tak per kot.
Lelaki Gatal
Jika cemburu tidak bertempat tentu tidak disukai lelaki. Tetapi ada juga lelaki yang bersikap bermata keranjang sengaja membuat pasangan cemburu. Jadi jaga sikap anda.
Minta perhatian
Sesekali wanita akan bersikap keanak-anakkan dengan berpura-pura cemburu kerana inginkan perhatian yang lebih daripada lelaki. Daripada perkara yang sekecil-kecil zarah pun mereka cemburu. Harapan mereka, mereka mahu dipujuk!
Tidak suka persaingan
Bila lelaki sudah menjadi hak, mereka tidak mahu ada lagi persaingan. Jadi jika ada tanda-tanda wanita lain cuba mendekati pasangannya, cepat-cepat mereka berdiri disebelah! Itu tandanya mereka cemburu.
Takut kehilangan
Kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup wanita adalah sesuatu yang paling menyakitkan. Maka seboleh-bolehnya hak milik mereka dijaga dengan rapi sebelum orang lain merampasnya.
Kesetiaan tidak dihargai
Sudah tentunya wanita adalah insan yang jenis kuat cemburu. Ternyata kebanyakkan mereka adalah wanita yang setia terhadap lelaki. Jadi mereka akan cemburu kerana kesetiaan mereka dipandang lekeh oleh lelaki.
Bukan sahaja wanita kuat cemburu, lelaki pun sama juga rasanya. Tak percaya cuba pasangan anda yang buat perkara diatas, confirm cemburu punyalah abang-abang sado semua.
Lelaki Gatal
Jika cemburu tidak bertempat tentu tidak disukai lelaki. Tetapi ada juga lelaki yang bersikap bermata keranjang sengaja membuat pasangan cemburu. Jadi jaga sikap anda.

7 ulasan:

  1. Hehehe...nak cemburu berpada pada...berlebihan membinasakan..tiada langsung rasa cemburu takut ada yang mengambil kesempatan..biasanya kaum hawa jarang cemburu melulu..KG terima kasih share ye..

    BalasPadam
  2. betul-betul..tambah pulak bila kalau kita dah sayang someone tu pastu dia buat benda yang...hurmm cemburu tu perlu tapi jangan terlampau cemburu..tak sihat pulak..betul x?

    BalasPadam
  3. Saya memang tergolong dalam wanita yang agak kuat cemburu..hihi

    BalasPadam
  4. hehehe.. alasan yang last tu...

    kuat jeles tak ea? *pikir jap*

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang terselit perasaan mcm tu dalam diri SA..x boleh nak elak...tp risau kan...risau kalau org yg kita ayg hilang...

    BalasPadam
  6. Compare to husband Mrs. A tak berapa nak kuat cemburu sangat.
    Itulah orang kata pasangan selalu berlawanan perangai kalau sama jer... borrrring...

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...