REVIEW FILEM NOTA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

05 September 2015

REVIEW FILEM NOTA

REVIEW FILEM NOTA


REVIEW FILEM NOTA,FILEM NOTA LAKONAN MAYA KARIN DAN HANS ISAAC,LOKASI PENGAMBARAN FILEM NOTA, TAMAN NEGARA BAKO SARAWAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera

REVIEW FILEM NOTA   || Hari ini KG layan filem NOTA lakonan Maya Karin dengan Hans Isacc. Sebab utama KG layan filem ni adalah kerana cover Filem Nota yang menyeramkan. Nampak muka Pontianak Harum Sundal Malam (Maya Karin le tu). Maaf tiada kaitan. Tapi bukan sebab sinopsis Filem Nota KG menonton filem ni.

Pembukaan cerita yang slow, memula KG tak faham lepas tu undur balik. Okey faham sikit.  KG andaikan yang filem ni memang sikit dialog dia. Erin(Maya Karin) dan Kamal(Hans Isaac) sama-sama mahukan anak tapi sudah lama berkahwin masih belum dikurniakan anak. Hubungan pun hambar. Macam bukan suami isteri biarpun tinggal serumah. Mesti rasa pelik saja kehidupan kalau tinggal serumah tapi kurang bercakap.

Aneh. Sebab Kamal masih mahu ke tempat yang mereka pergi 10 tahun yang lalu. Tapi masing-masing ada tujuan sendiri. g mahu tahu juga kenapa tajuk filem ni NOTA? oooo...rupanya gara-gara terjumpa NOTA suaminya itu. NOTA apa? Korang kena tengok sendiri filem tu. Malas la nak cerita d sini.

Sudah separuh jalan KG tengok, baru cari sinopsis filem ni. Okey baiklah. KG hanya mampu bagi 2 setengah bintang. KG kurang gemar filem macam ni. Memang lokasi penggambaran sangat cantik. Bagi korang yang tak tengok lagi boleh lah tengok online di ----> TONTON ONLINE FILEM NOTA .Tengok sendiri kesudahannya di sana ya!! K bAi

Sinopsis Filem NOTA
Kamal dan Erin adalah sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi. Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu.
Ketika perjalanan mereka ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang membayangkan dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing. Erin berasa sangat bersalah dengan situasi berkenaan. Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandung anak Kamal.
Dalam keadaan sedih dan tertekan, antara cinta dan benci, Erin merancang satu pembunuhan dengan menggunakan nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya. Rancangannya tergendala dengan kehadiran Jemat, seorang pembawa bot yang membawa mereka ke kawasan Taman Negara Baku.
Sumber : BUDIEY

3 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...