JOM TONTON SLOT AKASIA TERBARU HELLO MR. PERFECT - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

30 September 2015

JOM TONTON SLOT AKASIA TERBARU HELLO MR. PERFECT

 HELLO MR. PERFECT


JOM TONTON SLOT AKASIA TERBARU HELLO MR. PERFECT,SINOPSIS HELLO MR PERFECT, HELLO MR. PERFECT,slot akasia terbaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

JOM TONTON SLOT AKASIA TERBARU HELLO MR. PERFECT  || Drama Mencintaimu baru saja melabuhkan tirainya semalam. Hari ini drama baru pula dalam slot Akasia. Hello Mr.Perfect yang juga hasil adaptasi novel. Novel hasil karya Waniey Zakaria terbitan Kaki Novel. Wah...makin bertambah lagi drama hasil adaptasi novel kan. Jom kita tonton petang ni. Sebelum tu baca dulu sinopsis drama Hello Mr.Perfect.


SINOPSIS HELLO MR PERFECT

Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul walaupun mereka adalah lelaki, memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

Tiada pilihan, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan Along memaksa Alya untuk menawarkan diri. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?



4 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...