FILEM GIRLFRIEND KONTRAK - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

26 September 2015

FILEM GIRLFRIEND KONTRAK

FILEM GIRLFRIEND KONTRAK

FILEM GIRLFRIEND KONTRAK,sinopsis girlfriend kontrak,pelakon girlfriend kontrak



FILEM GIRLFRIEND KONTRAK   || Macam-macam la tajuk telemovie, movie dan drama sekarang. Girlfriend Aku Dari Neraka, Suamiku Jatuh Dari Langit, Suamiku Mr.Perfect , Gila Baby dan banyak lagi. Makin lama makin 'pelik' tajuk-tajuk sekarang. Sebelum ni KG jumpa pada tajuk novel saja. Ini dah semakin menular ke movie, telemovie dan drama.

Okey...entri hari ini tentang Filem  Girlfriend Kontrak. Filem ini merupakan arahan sulung sutradara Virginia Kennedy, seorang pengarah yang berasal dari Australia. Kagum dengan seorang pengarah luar negara yang mengarahkan sebuah filem Melayu.

Sinopsis Filem Girlfriend Kontrak 




Filem Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa (Risteena Munim) yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar (Keith Foo), iaitu Monaki Development Corp. Bhd.

Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya dan menjadi teman wanita kontrak kepada Umar. Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.



kredit :budieydotcom

3 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...