FAKTA MENGENAI BUNGA RAFFLESIA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

02 September 2015

FAKTA MENGENAI BUNGA RAFFLESIA

FAKTA MENGENAI BUNGA RAFFLESIA


FAKTA MENGENAI BUNGA RAFFLESIA
kredit : SABAHPARKS FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera

FAKTA MENGENAI BUNGA RAFFLESIA  || Tahukah anda bunga Rafflesia juga dikenali sebagai bunga Pakma? KG dari zaman sekolah lagi tahu info ni, cuma masa tu tak pernah tengok bunga terbesar di dunia depan mata. Sekarang bila dah kerja, bila ada bunga Rafflesia berkembang dekat dengan pejabat KG tidak merasa hairan pun.Tapi KG wajib tengok juga bila bunga Rafflesia kembang pada hari pertama. Okey la...fakta ini olahan KG sendiri ya. Bukan merujuk dengan mana-mana laman tapi berdasarkan soalan pada kakitangan yang menyelidik bunga ini.

Bau mayat. 

Maaf sebab masa KG kecil dulu ada la kawan-kawan yang kakak-kakak serta abang-abang dorang sudah belajar sekolah menengah menyebarkan yang bunga Rafflesia kononnya berbau mayat. Okey, masa itu KG percaya walaupun tak pernah hidu bau mayat. Jadi pandangan KG pada bunga Rafflesia " Eiii..bunga tu busuk mesti tak cantik". Tapi bila sudah tengok sendiri bunga ni depan mata, hidu punya hidu tiada bau mayat pun. Cuma ada bau yang kurang enak la. KG simpulkan yang bau itu hanya kuat pada deria sang lalat atau mana-mana serangga yang sukakan pada bau-bau busuk.

Tempoh hidup singkat.

Ya!!! Bunga Rafflesia ini hidupnya singkat. Maksud KG dia berkembang selama 5-7 hari saja. Bertahun-tahun tunggu bud ni menjadi tapi hayatnya cuma sekejap. Itulah RAFFLESIA. Dan biasanya di tempat KG kerja, bila ada bunga Rafflesia kembang ianya dibuka selama 5 hari saja kerana pada hari keenam dan ketujuh bunga telah menjadi kehitam-hitaman.

Seperti Cabbage/Kubis!!

Penah nampak sayur kobis yang belum dipotong? Bulat. Bud Rafflesia seakan-akan sebiji kobis. Cuma warna yang membezakannya.

Ramai Peminat!!

Aww....bunga Rafflesia ni ramai peminat tau kalau ditempat KG. Pelancong sanggup bayar RM20 seorang untuk tengok bunga ni. Terutama pelancong dari luar negara la. RM20 tu sebenarnya orang kampung yang letak...eh, pemandu pelancong yang bagi harga RM20. RM10 untuk pemilik bunga dan RM10 untuk habuan pemandu pelancong. Tapi kalau dalam taman, harga RM10 la(tiket). Jadi, sepanjang bunga Rafflesia berkembang, meriah jer la pelancong berkunjung dekat sebelah office KG.

Menjadi Sumber Pendapatan

Sumber pendapatan orang kampung sekitar tempat KG kerja la. Kebanyakan orang kampung di sini ada 'membela' (macamana nak jelaskan erk, Rafflesia ni bukan di tanam tapi jika perumah dia ada jangkitan Rafflesia ada kemungkinan akan hidupnya sebiji Rafflesia di situ). Hehehe..membela macam ayam pula kan. O ya...pernah dalam sehari orang kampung dapat RM11K!!!

Timbul Hasad Dengki

Ha..yang ini memang terjadi. Disebabkan tidak ingin bersaing, maka adalah satu pihak cuba merosakkan perumah bunga orang lain. Sadis sungguh bila perumah Rafflesia dicantas begitu saja!!!


Walau apapun, Bunga Rafflesia memang cantik walaupun hanya hidup sekejap. Sungguh besar ciptaan-Nya.
Okeylah, itu saja fakta tentang Rafflesia yang KG boleh bagi. Sebenarnya ada lagi tapi, idea telah melayang jauh disebabkan kerja ke sana ke mari. 

4 ulasan:

  1. bukan senang nak tengok bunga ni

    BalasPadam
  2. Ena x pernah tgk dgn mata sndiri..tgk gambar je. Yg ena tahu..bunga terbesar nj baunya seperti daging busuk ( dr bacaan)

    BalasPadam
  3. Lya yg tgl kat sbh ni pun blm prnh nmpk secara brdepan

    BalasPadam
  4. Musim sekarang panas. Bunga layu.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...