BENARKAH PENYU MENANGIS? - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

02 September 2015

BENARKAH PENYU MENANGIS?

BENARKAH PENYU MENANGIS?


BENARKAH PENYU MENANGIS?,MENGAPA PENYU MENANGIS,pulau selingan,pula disandakan
Sumber: Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera

BENARKAH PENYU MENANGIS?  || KG dari zaman kekanak riang sehingga 8 tahun yang lalu kerap juga dengar penyu ni haiwan pandai menangis. Jadi masa tu dalam kepala otak KG mempercayai yang penyu ni memang pandai menangis macam manusia. Tapi kenapa dia menangis? itu jawapannya KG belum dapat lagi sehinggalah  8 tahun lalu.

8 tahun lalu bos KG bawa masuk pulau-pulau penyu di Sandakan. Bukan KG saja dengan rakan sekerja lain dan membawa sukarelawan JOCV kami. Semua pulau di sebelah Sandakan KG sudah masuk dan ada juga pulau yang sudah tenggelam sekarang. Kebanyakan pulau sebelah sana tempat penyu mendarat terutamanya di Pulau Selingan. Sebut pasal Pulau Selingan ni nanti KG akan kisahkan pasal pulau ni di entri akan datang. 

Kami menginap 2 hari 3 malam di Pulau Selingan tempat rumah kakitangan juga. Sepanjang 2 hari tu dapat masuk pulau lain juga tapi yang masih dalam perairan Sabah la. Nampak juga Pulau Bakungan Besar tu kawasan perairan Filipina sudah kalau tidak silap. Tengok dari jauh saja la dari Bakungan Kechil yang masih milik Taman-Taman Sabah.

Ops...okey ni bukan pasal pulau tapi kenapa penyu menangis. Malam pertama tu kami tunggu penyu naik mendarat untuk bertelur. Ya...dapat tengok dalam 10 hingga 15 ekor juga. Besar rupanya penyu ni..ngeheheh. Jakun. Sempat juga sambut telur penyu yang segar keluar dari perut ibu penyu ni. Wah...berlendir dan panas gitu. Kawan-kawan lelaki dok sambut kemudian makan begitu aje. Euuuuwwww...dengar kata telur penyu tinggi kolestrolnya. Ada juga kawan-kawan lelaki kata untuk menguatkan tenaga batin. Ah..KG peduli apa sebab masa tu KG masih bujang lagi dan tidak makan telur penyu. Dan KG menyempat juga naik atas penyu. Akakakak...ala KG ringan aje masa bujang dulu mustahil si penyu tak larat angkat. Ada gambar tapi masa tu ambik gambar guna filem...kuno masih.

Bila penyu turun laut kami duduk-duduk dengan pengawal pantai sambil berbual-bual. KG pun soal la soalan ni. "Betulkah penyu menangis? Tapi kenapa dia menangis?" Soal KG. Abang pengawal pantai tu jawab "Erm...siapa suruh kau naik tu penyu, sebab tu dia nangis keberatan!...Ahahaha..nda bah..sebenarnya penyu tu bukan menangis bah tu, tapi air laut kan masin kalau kena di mata mesti pedih kan bila pedih mesti  berairkan" Jelasnya. "Itu kalau di laut ya la...tapi biasa yang kena gambar di darat pun ada airmata juga pun tu.." kata KG lagi. Sebenarnya tidak puashati jawapan abang tu. "Sama juga...dia naik darat..di darat ni kan ada pasir bila dia kuis-kuis pasir, mesti terkena juga pasir tu dimata dia tu yang berair tu tapi orang cakap penyu menangis mana ada dia menangis. Kalau pun dia menangis mungkin dia sedih sebab dia bertelur di darat lepas tu dia tinggalkan telur dia di darat mesti berat hati tinggalkan anak-anak dia kan." Kali ini KG diam dan berfikir...erm, agaknya memang betul la tu. Jadi selepas 8 tahun yang lalu KG punya soalan kenapa penyu mengis terjawab. Tapi samada benar atau tidak...Tuhan yang tahu abang pengawal pantai tu tipu KG la kalau salah maklumat dia tu. Huhuhu...fikir-fikir...ada benar juga jawapan dia tu...ngeheheh...

Psssssssstttttt....lepas dari tu, bila dengar kawan-kawan cakap penyu menangis mesti KG kata "eleh..penyu mana pandai menangis la..." Sampai sekarang masih menggunakan maklumat yang diterima pada 8 tahun yang lalu. Kbai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...