9 KEGUNAAN NANAS - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

13 September 2015

9 KEGUNAAN NANAS

9 KEGUNAAN NANAS


KEGUNAAN NANAS,BUAH NANAS,BUAH NENAS,KEBURUKAN MAKAN BUAH NANAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera

9 KEGUNAAN NANAS  || KG sengaja eja menggunakan huruf A dan bukannya E...Sebab kalau korang eja buah ni dengan huruf E, benda lain yang korang akan jumpa. Tak percaya..mohon dicuba. Heheheh.


NANAS BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN

Buah nanas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nanas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak. Pada batang buah nanas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.
Antara kegunaan nanas ialah:

1. Jus nanas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade.

2. Buah nanas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nanas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.

3. Jus nanas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.

4. Jus nanas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.

5. Jus nanas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lender.

6. Jus nanas juga dikatakan dapat mengurangkan mabuk laut (seasickness).

7. Jus nanas bertindak sebagai antihelminthic yang mampu mengeluarkan cacing dari usus.
(rujuk: Monzon, R. B.; Adebiyi, Adebowale (1995). "Traditional medicine in the treatment of parasitic diseases in the Philippines". Southeast Asian journal of tropical medicine and public health 26 (3): 421–428.)

8. Dalam kajian saintis, enzim bromelain yang diekstrakkan dari batang buah nanas dan diberikan selama enam bulan telah Berjaya mengurangkan radang pada usus yang bengkak.

(rujuk: Hale LP, Chichlowski M, Trinh CT, Greer PK (2010). "Dietary Supplementation with Fresh Pineapple Juice Decreases Inflammation and Colonic Neoplasia in IL-10-deficient Mice with Colitis". Inflamm Bowel Dis 16 (12): 2012–21).

9. Enzime bromelain dari nanas mempunyai potensi untuk mengelakkan penyakit kanser.
(rujuk: Bhui K, Tyagi S, Prakash B, Shukla Y (2010). "Pineapple bromelain induces autophagy, facilitating apoptotic response in mammary carcinoma cells.". Biofactors 36 (6): 478–82).

Walau bagaimana pun, bagi wanita yang hamil di awal kehamilan, saya menasihatkan agar tidak memakan nanas atau meminumnya kerana ia boleh menjadi punca keguguran. (Morton, Julia F, 1987).

Wallahu a’lam.

3 ulasan:

  1. sedapnya nenas..mkn ngn kicap ngn gula n cili padi..nyummmss

    BalasPadam
  2. baru tahu .. tq for sharing ^_^

    *jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Racik halus2 rebus dengan gula tebu..sejukkan dalam peti ais...sedap..terima kasih KG share info mengenai nanas..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...