10 CARA MENGENALI ORANG SABAH - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

01 September 2015

10 CARA MENGENALI ORANG SABAH

10 CARA MENGENALI ORANG SABAH


CARA MENGENALI ORANG SABAH
kredit :xiaoxiaoyo

Assalamualaikum dan salam sejahtera

10 CARA MENGENALI ORANG SABAH  || Benar!!! Bila jumpa ciri-ciri tersebut, KG memang tahu dia orang Sabah. Sekalipun dia hilangkan keras lidah dia dengan bercakap melayu semenanjung, tapi ada part-part tertentu menunjukkan bahawa dia adalah orang Sabah!!! Heheheh..jadi jangan cuba menipu identiti ya. Kalau kau orang Sabah, mengaku saja bah kau. Hehehe...Bah mari KG bawa kamu tengok ciri-ciri pada seseorang yang menyebabkan kita tahu dia orang Sabah. O ya...kalau mau BELAJAR CAKAP SABAH jom...


01. CAKAP MESTI ADA ‘BAH’

Ini yang paaaaaaling ketara! Kalau tu urg sudah bercakap ada “bah” tapi kau masih ndak tau dia urang mana.. sia ndak tau lah. Tapi harus ingat, ‘bah’ ada banyak maksud.
“Bah, bila lagi kau mau kahwin?”
“Buli bah!”
“Pigi bah kau beli KFC..”
"BULIH BAH KALAU KAU.."

02. TUNJUK ARAH PAKAI MULUT

Yang ni sia rasa, semua urang Sabah pernah buat. Cuba di kau tanya urang dalam opis, “Anu, mana gia tu stapler?” Mesti tu urang kasi muncung mulut dia ke arah tu stapler sambil cakap“tuuuna!” Harus di ambil perhatian. Semakin jauh jarak tu barang, makin panjang tu mulut dan ayat “tuuuuuuuuuuuuuna”!

03. SUKA CAKAP ANU

Kalau urang Sabah bercakap pasal sesuatu tapi dia lupa apa nama itu orang/barang, mesti otomatik kana ganti pigi “anu”.
Contoh penggunaan:
Si Makisa: “Baby, cuba gia kau call si anu. Kestaw dia yang sia mau pinjam anu dia bah.”
Si Baby: “Ai, sudah balik ka dia? Dia pi anu bah tu ari kan??”

04. MAKAN APA SAJA PUN MAU MINTA SUP

Sebab di Sabah memang semua ada sup bah kena bagi! Ini kalau yang memang lama sudah di Sabah kemudian datang KL memang kasian lah dua tiga bulan macam saya. Kalau di Sabah mee guring pun dia kasi sup. Di KL mana ada begitu. Kadang-kadang nasi ayam yang sepatutnya ada sup dia paksa jak kau makan nasi teda sup. Adui.

05. PENGGUNAAN pSSSSSHHHHHTTT DI KEDAI-KEDAI MAKAN

Ini lagi la yang paling ketara (dan bida oh sia rasa). Kalau mau order makan di kadai, misti dia panggil urang “PSSHHHHHHTT!!!” Lepas makan, mau panggil bayar pun dia panggil juga,“PSSSSHHHHTT!!”. Cuba boh gia jangan pakai “PSSSSSHHHTTT!” Tidak manis betul di pandang. Tapi okay juga la sia tinguk. 

06. PANGGILAN MESRA UNTUK PEREMPUAN ADALAH “AMOI” ATAU “MANDAK”

“Moi, berapa satu kilo ni?” <– ini kalau kau yakin tu perempuan mesra alam
“Mandak, kanou moi akan?” <– ini selalunya digunakan untuk bercakap sama gadis-gadis KadazanDusun
“OI, mana mi guring sia??!!” <– kau paham laini
Tapi sia perna dingar ada urang mengurat di CP. “Mandak, sia belanja kau nasi ayam lah” buah ha ha ha ha!

07. SEMUA ORANG BOSS

Kalau perempuan di panggil “Amoi” atau “Mandak”, lelaki pula jadi “Boss”
“Boss, kau punya kereta bisuk baru siap.”
“Boss, ini hari buli hantar gas pi rumah sia ka?”
Kalau tidak percaya, pigi la kau kadai-kadai tanya barang kunun. Itu tauke panggil kau boss tau!

08. SUKA SURUH URANG IKUT TU JALAN LURUS SAJA

Paling standard punya jawapan kalau kau tanya urang Sabah mana rumah si anu. “Gaman, mana gia rumah si Prancis?” “Oh, kau jalan lurus saja ikut ini. Yang hujung laitu rumah dia.” Ingat tu, kau lurus saja jalan. 😛

09. PANDAI MEMBEZAKAN JARAK JAUH PAKAI AYAT SAJA

Urang Sabah kalau dia bilang “Saaaaaaana”, ertinya tidak berapa jauh tu. Tapi kalau dia bilang“Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaana!”… bagus kau ambil teksi lah…
Sanaaaaaa Ranau
Sanaaaaaa Ranau

10. KUAT NYANYI + KARAOKE


Mimang confirm lah. Mana-mana kau pigi di Malaysia ni, macam karaoookeee seja kerja urang Sabah ni. Nyaanyi saja. Tapi indak juga manang-manang pertandingan realiti show. Kenapa ah?? Mungkin sebab tiada nilai komersil kali tu tinggi. Tapi bagus lagi nyanyi kan sebab kalau yang meginum tu biasanya menyanyi jak. Bagus lagi nyanyi hepi-hepi dari emo-emo mabuk maugantung diri ka apa ka.
Untuk makluman 10 cara tersebut KG petik dari ORANG SABAH ya. Apapun KG bangga menjadi anak jati SABAH!!!

6 ulasan:

  1. hehehe, betul2. ada roommate masa U, org sabah. hehehe
    diorang agak sempoi & ayat cm ganas. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahhaha..ganas kah? tu kemesraan org sabah itu klu dorang bercerita...

      Padam
  2. phewww, terbelit beli baca ni KG

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah...kalau dengar org sabah bercakap confirm mimin bingung

      Padam
  3. haha. adui. memang sia tabik spring sama ko kak gojes. hahaha.
    KG!! sabah orang mana ko kak? PG pun sabah bah. hehe. astaga (na orang sabah mesti cakap gitu kan :D). hehehe

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...