SENAMAN DI KEBUN DURIAN - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

01 Ogos 2015

SENAMAN DI KEBUN DURIAN

SENAMAN DI KEBUN DURIAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

DURIAN...DURIAN... Musim buah durian gugur dah tiba. KG paling suka balik kampung suami bila musim buah. Tidak kira la buah durian, rambutan, langsat, cempedak dan manggis. Semua ada di kampung suami. Musim buah saja, makan la kau sampai pengsan. Kalau tak musim membeli buah-buah tu alahai berbelas-belas ringgit kadang nak berpuluh juga. Tapi kalau dah terliur nak makan peduli apa harga mahal. KG syukur sangat sebab keluarga suami ni banyak tanam pokok buah, jadi bila anak-anak KG nampak orang makan buah anak-anak mula la merengek nak juga buah itu..buah ini. Jadi kalau atuk dorang ada kebun buah buat apa nak membeli kan. Ngam lagi kena musim buah.

Dan yang seronoknya lagi KG dapat juga keluarkan peluh masa kutip durian gugur. Berpeluh satu badan. Pagi tadi KG bangun seawal jam 5.30 am untuk ikut suami ke kebun buah. Kutip durian.

hasilnya yang KG kutip. Tu bekas tu namanya BASUNG(bahasa Dusun)

Suasana di kebun durian awal pagi

Keadaan geografi kebun durian pak mentua KG ni curam. Nak mengutip kenalah mendaki sikit, round dari atas(ikut arahan Mr.D jer ni). Syukur la dapat merasa macamana penatnya kutip buah durian. Kesian dengan pak mentua hari-hari kutip, patut la penat bila balik dari kebun. Basah satu badan KG berpeluh. KG kata pada Mr.D, "D, kalau hari-hari berpeluh macam ni boleh slim la kan". Asben jawab..."hurmmmm...."

Okey la...itu la kisahnya senaman di kebun durian.

6 ulasan:

  1. Macam kebun adik beradik ayah ai.. curam ke atas.. kalau pergi, hb yg paling seronok.. ai tengok an je sebab tak minat durian..

    BalasPadam
  2. KG Bonde nak makan Durian tu plzzz sedapnye....

    BalasPadam
  3. Bestnya..kebun arwah atuk SA di lereng gunung...kena masuk hutan kalau nak pi...

    BalasPadam
  4. cantik bekas tu kak...
    berkenan dihati pulak rasa..
    huhuuu

    BalasPadam
  5. memang best senaman sambil kutip durian.
    aritu balik kg masa raya, durian semua dah selamat dalam peti beku...hihi..
    terlambat dah..musim durian di kedah sokmo jatuh masa bulan puasa

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...