REVIEW FILEM SUAMI AKU USTAZ - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

02 Ogos 2015

REVIEW FILEM SUAMI AKU USTAZ

SEGMEN REVIEW FILEM SUAMI AKU USTAZ



Assalamualaikum dan salam sejahtera

SEGMEN REVIEW FILEM SUAMI AKU USTAZ || Hari ini KG nak join segmen review filem la pulak. Amboi...macam la  kita tengok di pawagam(KG tengok online jer) Sebenarnya KG ada buat entri pasal filem ni di SINI. Tapi tu tak kira join segmen la. Jadi ni KG buat entri baru.

Ringkasan yang KG buat sendiri tentang Suami Aku Ustaz ni ialah mengisahkan Alisa (Nora Danish) anak gadis berusia 17 tahun yang dikahwinkan oleh orang tuanya dengan sepupunya yang bergelar ustaz  Hafiz (Adi Putra) sebelum mak bapa Alisa ke Mekah. Ustaz Hafiz ni mengajar Pendidikan Islam di sekolah Alisa. Alisa tidak mahu rakan sekolahnya tahu tentang hubungannya dengan Ustaz Hafiz sehinggalah terbocor gara-gara dia dilanggar lari. Kira kahwin paksa la ni, tapi akhirnya Alisa boleh terima juga suaminya yang ustaz itu. Pengajaran dari cerita ini memang banyak antaranya dosa ingkar pada suami, keluar tanpa izin suami, melepak dengan rakan lelaki sehingga larut malam tu pula tak baik lebih-lebih lagi untuk gadis seusia Alisa, ibu bapa yang mementingkan maruah anaknya. Selain tu ada juga pelajar yang menyimpan perasaan pada cikgunya (macam kawan Alisa tu-lupa nama dia pulak). Lepas tu bila tau kawan dia sendiri ada hubungan dengan cikgu tu, boleh pula dia malukan. Sampai hati la kawan macam tu kan.  Kawan yang mengkhianati persahabatan dengan memalukan Alisa di FB kalau tak silap. Bukan tu saja, sahabat seperti Johan yang setia bila susah dan senang Alisa biar pun Alisa rahsiakan perkahwinannya dengan Ustaz Hafiz. Yang tak bestnya tentang filem ni...cepat sangat habis dan ending dia pun tak best pada KG. Tak sempat baca novel dia lagi...baru ada nawaitu nak order online. DAN...secara jujur KG bagi 3 setengah bintang buat filem ni.

KG tonton filem ni sebab ada Adi Putra dan Nora Danish. Itu salahsatu sebab kenapa KG menonton... tapi tak rugi juga menonton filem ni sebab tonton online jer. Lepas ni nak baca versi novel dia pulak.

Okey la...tu saja yang mampu KG taipkan.

JOM MERIAHKAN SEGMEN BONDE

SEGMEN REVIEW FILEM SUAMI AKU USTAZ


7 ulasan:

  1. dah tengok cerita nie.
    serius best..
    tak sangka pulak last2 sekali ustaz tu jadi kachak.. hihii

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. kureng pada fr yg tercabar dgn kekacakan adi putra le tu...

      Padam
    2. hik hik hik... FR bg review sikit

      Padam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...