LELAKI DAYUS - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

20 Ogos 2015

LELAKI DAYUS

LELAKI DAYUS

LELAKI DAYUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera

LELAKI DAYUS    membawa maksud hina dan keji (sifat dan perbuatan).ini menurut kamus dewan edisi keempat. Kebanyakan orang sekarang menafsirkan dayus tu sebagai lelaki atau suami yang takut pada isteri.Atau tunduk pada isteri. Kan..itu definisi orang kan. Aku pun berfikiran yang sama pada mulanya.Tapi bila terbaca dalam sebuah belog tidak lama dulu (lupa belog mana) barulah aku tahu dan faham maksud sebenarnya. Ternyata tanggapan orang tentang dayus salah. 

Berikut adalah sebab bilamana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang disampaikan oleh seorang ustaz.

1.Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2.Membiarkan isteri balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa,serta apa yang dibuatnya dipejabat dan siapa yang menghantarnya.
3.Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4.Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunang atau teman lelaki bukan mahramnya.
5.Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya dirumah kononya ibu bapa sporting yang memahami.
6.Menyuruh atau mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan memakai pakaian seksi di luar rumah.
7.Membiarkan anak perempuan memasuki Akademi Fantasia,One In A Million,MyStarz dan realiti tv lain sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8.Membiarkan isteri atau anak perempuannya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki hilang? Tidak sekali-kali.
9.Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh islam sepergti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepatutnya.
10.Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menurup aurat dengan sempurna(melabuhkan tudung hingga ke dada).
11.Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12.Membawa anak perempuan dan isteri untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujud klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13.Membiarkan isteri pergi kerja dengan menumpangrakan sepejabat lelaki tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berduaan dengan pemandu lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Dayus ini akan jatuh jika suami sudah tahu dan buat endah tak endah. jika tidak tahu asas kecurangan isteri,maka tidak akan jatuh dayus itu dikepala suami.

Sumber dari blog JUSTKHAI

Jadi selepas ini jangan menggelarkan lelaki yang memukul wanita tu adalah dayus..hehehhe biasa menonton drama asal ada adegan menampar perempuan..si pelakon perempuan akan kata "tampar la kalau kau berani..lelaki dayusl" ekekekke..ops ayat ni ada ker?

okey la..tu aje...sekian..

6 ulasan:

  1. Nice entri KG..Wah makin mantopp laa entri..teruskan perjuangan utk mantapkan blog..Goodluck KG

    BalasPadam
  2. ha!ini betul...ini baru betul2 dayus kn...

    BalasPadam
  3. umul klik2 nuffnang kak gojes

    BalasPadam
  4. tajuk sekarang mengancam lah....

    BalasPadam
  5. amboi2 KG...SEJAK 2-3 MENJAK NI ENTRY HANGATTTTT

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...