KENALI 5 PENYAKIT UTAMA WANITA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

30 Ogos 2015

KENALI 5 PENYAKIT UTAMA WANITA

KENALI 5 PENYAKIT UTAMA WANITA

KENALI 5 PENYAKIT UTAMA WANITA,KENALI 5 PENYAKIT UTAMA WANITA,Fibroid, Endometriosis,Sindrom Ovari Polisistik (PCOS),Anorexia ,Menopaus
Sumber: FB pakar sakit puan

KENALI 5 PENYAKIT UTAMA WANITA  || Aku Wanita Aku Kaum Hawa. Anda wanita diluar sana, tahukah anda tentang tahap kesihatan anda? KG sendiri tidak tahu tahap kesihatan KG bagaimana. Kalau ikut penilaian sendiri, KG rasa KG banyak la sakit-sakit. Cuma tahap mana sakitnya itu wallahu alam.  Di sini KG cuma kongsikan 5 penyakit utama saja, walaupun sebenarnya ada penyakit lain lagi seperti kanser payudara dan banyak lagi. Kali ini 5 saja dulu ya...jom kita tengok apa dia 5 penyakit tu

1) Fibroid - Penyakit ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku didalam rahim wanita. Sering menyerang wanita dalam lingkungan umur antara 30 tahun hingga 40 tahun.


2) Endometriosis - Suatu keadaaan dimana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utamanya ialah senggugut dan sakit pada bahagian pelvik.


3) Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) - Merupakan gangguan hormon yang sering menggangu wanita dan merupakan penyebab kepada ketidaksuburan. Gejala yang berlaku adalah berbeza-beza antaranya kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur, jerawat yang teruk dan kronik, kegemukan, keguguran yang berulangan dan sebagainya.


4) Anorexia - Penyakit tiada selera dan gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Gangguan tersebut berlaku akibat daripada peraturan diri sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet.


5) Menopaus - Suatu keadaan berlaku apabila seseorang wanita berhenti mengeluarkan haid pada waktu pertengahan usianya. Ia berlaku secara tak menentu dan bergantung pada seseorang individu yang mana ada berlaku secara perlahan dan ada juga secara mendadak. Kesan utama yang berlaku ialah gangguan hormon, badan dan perasaan seseorang wanita itu.Oleh itu, adalah penting bagi suami isteri memahami dan mengetahui tentang menopaus.

Kesimpulannya, walau siapapun kita, kita kenalah sentiasa peka pada kesihatan kita. Sesibuk mana pun kita, pasti akan sakit dan masa itu jangan tidak peduli dengan sakit yang anda alami. Datanglah ke tempat sepatutnya yang lebih tahu merwata kesihatan kita. Kbai.

5 ulasan:

  1. kalau menopause memang mencabar juga tu..saya sebagai suami memang faham juga..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah terima kasih berkongsi info ini..untuk rujukan masa mendatang..untuk kita wanita lebih menjaga kesihatan..amin..

    BalasPadam
  3. Macam2 penyakit sekarang ni...MInta jauh dari semua penyakit2.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...