KEKEJANGAN OTOT PADA WAKTU MALAM - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

26 Ogos 2015

KEKEJANGAN OTOT PADA WAKTU MALAM


KEKEJANGAN OTOT PADA WAKTU MALAM

KEKEJANGAN OTOT PADA WAKTU MALAM,punca kejang otot pada waktu malam
sumber : Whatsapp

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KEKEJANGAN OTOT PADA WAKTU MALAM  || Anda pernah alami situasi ini? KG boleh dikatakan kerapkali juga berhadapan dengan situasi ini. Percayalah...ianya sangat sakit sehinggakan rasa mengantuk boleh hilang(bagi KG la) Tapi, biasanya kalau KG alami kejang otot pada waktu malam, esok pagi rasa sakit tetap ada. Bila pergi klinik, doktor check tekanan darah memang tinggi. Lepas tu mesti doktor punya ayat macam ni " puan terlalu penat? Puan makan garam terlalu banyak ni...lepas ni balik rumah kalau masak kurangkan garam dan ajinomoto ya puan." KG jawab " Baiklah doktor" KG jawab cara budak baik menjawab. Heheheheh..Okey..jom kita tengok macamana dan apa tindakan kita bila berdepan dengan situasi kejang otot. KG biasa buat 5 perkara tu.

CUBA LAKUKAN 

1. Cuba gerakkan kaki perlahan-lahan mencari dinding untuk meratakan tapak kaki ataupun minta tolong pasangan menolak tapak kaki anda menegak. 

2. Minta bantuan dari pasangan untuk urut bahagian bawah tapak kaki beberapa minit.

3. Cuba bengkokkan tapak kaki ke bawah dan keatas selama beberapa minit.

4. Apabila sudah reda kesakitannya, bangun dan berjalan perlahan-lahan. Bila anda biarkan dan sambung tidur, anda akan merasa kesakitannya bila anda bangun pagi dan berjalan. Kadang -kadang sampai 2-3 hari masih sakit.

5. Sapukan dengan minyak panas. Cuba urut sikit-sikit dibahagian perut betis anda. Kalau boleh, cari otot atau urat yang sakit.


Cara mengatasinya:

1. Melakukan aktiviti regangan dan senaman ringan

2. Minum air kosong secukupnya bagi membantu menyeimbangkan cecair dan elektrolik dalam badan, membantu badan sentiasa terhidrat dan kurang risiko untuk kejang otot

3. Makan sumber makanan yang mengandungi natrium, kalium, potassium  dan magnesium seperti pisang yang kaya dengan sumber kalium dan kentang yang kaya dengan potassium

4. Minum susu 2 gelas sehari untuk membekalkan keperluan kalsium badan

5. Pengambilan Suplemen  kalsium juga digalakkan

6. Elakkan tidur dengan kaki menghala ke bawah

7. Selimutkan bahagian kaki untuk elakkan tapak kaki sejuk.

8. Pemakaian stokin tebal semasa tidur digalakkan

9. Letakkan kaki diatas bantal semasa tidur

10. Mandi air panas sebelum tidur ataupun meletakkan tuala panas pada kaki sebelum tidur. Tindakan ini membantu otot kaki berehat dan melancarkan pengaliran darah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...