BENARKAH TELINGA LELAKI PEKAK SEBELAH - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

19 Ogos 2015

BENARKAH TELINGA LELAKI PEKAK SEBELAH

BENARKAH TELINGA LELAKI PEKAK SEBELAH


BENARKAH TELINGA LELAKI PEKAK SEBELAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

BENARKAH TELINGA LELAKI PEKAK SEBELAH?  || Jawapannya korang kena baca sendiri entri ini sampai habis. Percaya atau tidak KG bukan memaksa untuk korang percaya. Heheheh. Tapi memandangkan KG ada pengalaman sendiri, KG memang akui kebenarannya la...bahawa telinga lelaki memang pekak sebelah. (jangan marah ya wahai lelaki di luar sana)

Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.

Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri
.

Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.

Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.

Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan "stereo" menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia. Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam "toilet". Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami. 



SUMBER: PakUtihsPage

1 ulasan:

  1. fokus tu penting haha...ade kadang2 saje wat2 xdgr kah kah

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...