7 Tips Memilih Kasut Untuk Si Manja Agar Tidak Tersalah Beli - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

15 Ogos 2015

7 Tips Memilih Kasut Untuk Si Manja Agar Tidak Tersalah Beli

7 Tips Memilih Kasut Untuk Si Manja Agar Tidak Tersalah Beli


7 Tips Memilih Kasut Untuk Si Manja Agar Tidak Tersalah Beli
picture kredit:google

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini KG kongsikan tips untuk mak-mak yang ada anak kecil dan mak-mak yang suka belikan kasut untuk si manja mereka. KG pun ada anak kecil baru 8 bulan lebih. Bila masuk memana shopping mall, asal nampak kasut mesti hati digeletek-geletek untuk pegang dan belek-belek kasut comel tu. Tapi, lupa pulak sebab KG jalan bukan bersama si baby, jadi nak beli tu saiz pulak tak tau. Karang main beli aje tak boleh masuk kaki...mungkin juga kasut besar kaki kecik. Adoiii....Siapa yang tak pernah ada masalah macam ni memang hebat la. Apapun...jom kita baca 7 tips memilih kasut si manja supaya kita tidak tersalah beli.

Tips 1 – Dalaman kasut

Kasut seharusnya lembut dan mudah lentur serta mempunyai ruang yang selesa dan bertapak lembut sesuai untuk kanak-kanak.
Ruang jari kaki perlu mempunyai ruangan yang secukupnya serta lebar yang bersesuaian dengan tumbesaran anak untuk menyediakan ruang pergerakan jari kaki yang selesa.

Tips 2 – Reka bentuk kasut

Elakkan memilih kasut yang berhujung runcing kerana ia membuat jari kaki anak tersepit. Bagi anak perempuan, jangan beli kasut bertumit tinggi kerana ia membuatkan kaki anak cenderung ke depan dan mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki. Sentiasa memeriksa kaki anak anda agar tidak melecet, luka dan sebagainya.

Tips 3 – Ukuran kasut

Sebelum membeli kasut, cuba pakaikan kasut tersebut di kaki anak dalam keadaan berdiri dan memakai stokin. Selalunya kaki kiri dan kanan tidak sama besar. Pilihlah saiz mengikut ukuran kaki yang lebih besar. Minta anak untuk berjalan menggunakan kasut yang ingin dibeli. Pastikan anak selesa. Waktu yang sesuai untuk membawa anak membeli kasut adalah pada waktu petang. Jika ibu membeli kasut secara online, ibu boleh meminta ukuran panjang kasut daripada hujung ibu jari ke bahagian tengah tumit daripada online seller dan mengukurnya semula kaki anak anda untuk memastikan tidak tersalah pilih size.

Tips 4 – Ruang dalaman kasut

Kaki anak sangat sensitif dan lembut. Oleh itu, ibu harus memastikan kasut yang dipilih mempunyai pengalas yang lembut dan menyerap hentakan ketika si manja berjalan dan berlari. Kasut juga perlu mempunyai ruang pengaliran udara yang baik untuk mengelakkan kaki berbau.

Tips 5 – Bahan Kasut

Kasut yang dipilih haruslah dibuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel. Elakkan memilih kasut daripada bahan yang keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki. Kesannya bentuk kaki anak anda tidak berkembang dengan baik.

Tips 6 – Ringan

Untuk anak yang baru mula berjalan, kasut yang terbaik adalah kasut jenis ringan. Ia akan memudahkan pergerakan si manja dan untuk mengelakkan anak jatuh dengan mudah. Kasut yang berat akan menyukarkan pergerakan anak.

Tips 7 – Mudah dipakai

Akhir sekali, dapatkan kasut yang mudah dipakai dan ditanggalkan buat si manja. Sebaiknya ibu memilih kasut jenis velcro berbanding bertali untuk anak yang baru sahaja diperkenalkan dengan pemakaian kasut. Selain daripada tips di atas, ibu juga boleh memilih kasut berwarna terang dan cerah agar lebih menarik untuk kanak-kanak. Ibu juga perlu ingat bahawa bukan semua jenis dan rekaan kasut sesuai dengan kaki anak anda.



KREDIT :ayachalo

1 ulasan:

  1. Thanks for sharing kak... Ramai yang tak tahu tips ni... Yang tahu main beli je, bila tak sesuai buang camtu je

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...