5 Rahsia Istimewa Buat Wanita - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

27 Ogos 2015

5 Rahsia Istimewa Buat Wanita

5 Rahsia Istimewa Buat Wanita


5 Rahsia Istimewa Buat Wanita
KREDIT :GOOGLE

1. Bangkit bersambut

Bila hendak tidur malam. duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari dengan kedua tangan...

Ulasan KG: macamana mahu bangkit kalau tanpa gunakan tangan sebagai tongkat untuk bangkit? Bingung aku dengan petua ni..huhu...

2. Wajah Suci

Bangun pagi-pagi elakkan dari membasuh muka dengan alat pencuci dan mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biar kering sendiri muka tu. Kalau ambik air sembahyang pun jangan kesat air tu.Ini bertujuan untuk mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

Ulasan KG : selalu guna pencuci muka...lepas tu kesat dengan towel lembut...huhuhu..patutlah aku tidak cantik...

3. Menyegarkan Payudara

Apabila mandi terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar. Paling penting tidak mudah jatuh.

Ulasan KG:...baru tahu pasal ni...ingatkan pemakaian bra saja memberi kesan pada bentuk payudara ni..huhu...

4. Taman Semerbak Mewangi

Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan lagi. Amalkan selalu. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi.

Ulasan KG: tercari-cari ulam apa yang wangi ya? lepas ni mau makan ulam yang wangi itu biarpun badan tidak berbau....

5. Lubang Jarum

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga

Ulasan KG: Terbayang lubang jarum untuk jahit tangan.heheheh

3 ulasan:

  1. wowwwww, hahahaa~ ok,x cuci muke dah, ahahahaha, minum air suam, x sebut sekali? hehee~

    yg last tuhh? mcm x sure nk buat, haha

    BalasPadam
  2. Banyaknya rahsia wanita yang belum diketahui...boleh diamalkan la selepas ni..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...