WANITA KECANTIKAN DAN KEBERSIHAN - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

24 Julai 2015

WANITA KECANTIKAN DAN KEBERSIHAN

WANITA KECANTIKAN DAN KEBERSIHAN


WANITA ,KECANTIKAN DAN KEBERSIHAN,wanita cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera
WANITA - CANTIK - WANITA. Wanita bila sebut tentang kecantikan pasti la suka. Apalagi bila dikata cantik..dipuji dia cantik. Tapi jangan utamakan kecantikan semata tapi bab lain ke gaung..ke laut. Apa dia bab lain? KEBERSIHAN!!! KG, kalau nampak awek cantik memang la suka tengok. Tak hairan la lelaki suka tengok wanita cantik bila melintas didepan mereka. Yang tak sukanya bila gadis/wanita tu dah cantik tapi perangai macam setan. Lepas tu kebersihan diri tidak terjaga.

Kebersihan dari segi apa? paling utama diri tu kena bersih la. Setiap bulan gadis/wanita ni akan ada 'kuasa bulan'..masa tu la kebersihan amat-amat diambil berat. (ala..KG hari-hari biasa pun kebersihan perlu diambil berat). Tapi kan ada sesetengah wanita yang tidak pandai menjaga kebersihan. Bila kuasa bulan datang...sana la 'benda peribadi' ida tu buang merata-rata. Alasan, geli nak basuh. Walhal itu dari dalam tubuh dia sendiri. Itu baru bab 'kuasa bulan'. Bab mandi belum lagi...korang rasa semua wanita diluar sana tu rajin mandi atau macamana? 

Percaya atau tida...KG berani cakap yang ramai wanita/gadis yang malas mandi. KG tak cakap kalau tak nampak depan mata...pengalaman kengkawan KG pun diambil kira, sebab dorang pun ada rakan macam tu. Bangun pagi, cuci muka, berus gigi dan buat-buat bunyi mandi(padahal tak mandi)..masuk bilik ambik mekap, touch up muka, pakai losyen, deodorant segala,baju lawa-lawa dan paling last sembur minyak wangi terus blah!!! Masa blah tu muka dah macam opera cina wangian pun seratus batu lagi dah terhidu. Padahal awek tak mandi. Bueekkkk....

Jadi...kalau suda kebersihan tidak diutamakan apa maknanya kecantikan tu? kecantikan yang busyuk?Menipu aje la pakai mekap tebal-tebal, perfume sebaldi..tapi malas mandi... Itu kalau keluar pagi...Ini kalau kisahnya keluar pagi tak mandi balik malam pun tak mandi? hah...cuba jawab....bila masa baru nak mandi?

Ok..sekian jer la...kbai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...