SINOPSIS SLOT AKASIA RAMADAN SYURGA NUR - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

03 Julai 2015

SINOPSIS SLOT AKASIA RAMADAN SYURGA NUR

SINOPSIS SLOT AKASIA RAMADAN  SYURGA NUR 

TONTON SYURGA NUR ONLINE, akasia ramadhan,tv3,SINOPSIS SYURGA NUR

JS Pictures Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3 berjudul 'Syurga Nur'. Drama bukan daripada adaptasi novel. Dibawah teraju sutradara Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Menampilkan pelakon baru iaitu Janna Nick sebagai heroin yang bergandingan dengan Amar Asyraf dan Azrel Ismail. Turut dibintangi oleh Sheila Rusly, Dayana Roza, Raja Ilya dan ramai lagi. Saksikannya bermula 1 Julai ini, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang di saluran TV3. (SUMBER:PAGE SYURGA NUR)



SINOPSIS SYURGA NUR

Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. 

Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?


TONTON ONLINE SYURGA NUR FULL EPISOD



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...