REVIEW TELEMOVIE: ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

05 Julai 2015

REVIEW TELEMOVIE: ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK

REVIEW TELEMOVIE: ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK

REVIEW : ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Telefilem adaptasi cerpen ‪‎Isteriku Bukan Tukang Masak‬ dalam Antologi Cerpen & Mini Novel Melodi Cinta terbitan Karya Seni akan ditayangkan pada hari sabtu  20 Jun 2015 yang lalu, pukul 10 mlm di Astro Prima & Maya HD.


Penilaian peribadi KG tentang Isteriku Bukan Tukang Masak

1. Lucu
Perangai gila-gila pasangan suami isteri buat KG tergelak seorang-seorang. Semua pun lucu.Sepanjang cerita ni ada aje unsur lucu.

2. Kasih sayang 
Suami isteri yang saling menyayangi. Tapi tu baru 7 bulan kahwin....

3. Bekas kekasih lama muncul semula
Part ni...KG pun kureng senang okey!! Dalam telemovie ni, kekasih lama Zharif muncul balik pun bukan untuk rampas semula Zharif tapi si Zharif ni yang tergedik-gedik kejar balik si Hanna. Tapi kan si Hanna ni macam mau aje balik dengan si Zharif...arghhh..tekanan juga KG tengok ni.

4. Kejujuran itu penting!!
JUJUR...wajib dalam rumahtangga atau mana-mana hubungan pun. Sekali kau khianati  kepercayaan orang tersayang, pasti akan membawa kedukaan. Macam si Zharif ni yang suka menipu dengan isterinya gara-gara terkejar-kejar si Hanna.

5. Isteri mesti pandai masak untuk IKAT SUAMI!!!
Bukan ikat pakai tali ya. Ikat dengan masakan! Tengok si Safira ni tak pandai masak, makan minum suaminya terabai. Sikit-sikit makan makanan dari luar. Huhuhu..nasib la KG pandai masak..ehem-ehem.

6. Kesetiaan
Setia la pada yang satu. Dah ada isteri tu setia la pada isteri yang seorang. Biarpun kekasih lama yang tercinta muncul kembali, pastikan kesetiaan pada isteri tau!!!!

Selebihnya.... telemovie ini memang terbaik! Jom la tengok...yang belum tengok lagi..





1 ulasan:

  1. selamat petang..kalau nak shopping raya jangan lupa singgah blog syira lokman..banyak promosi tauuu ! :D

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...