PENGALAMAN BERSALIN : SUNTIKAN EPIDURAL - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

09 Julai 2015

PENGALAMAN BERSALIN : SUNTIKAN EPIDURAL

PENGALAMAN BERSALIN : SUNTIKAN EPIDURAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini KG masuk blog DKNA ABZA dan terbaca entri mengenai suntikan epidural. Sebelum ni ada juga KG terbaca kisah wanita dengan suntikan epidural yang diviralkan difacebook.  Ada rasa ngeri juga selepas membaca pengalaman wanita tersebut. Kalau DKNA ABZA boleh hanya berdiam tanpa komen, KG juga baca dan tak komen. Sebabnya KG sendiri ada pengalaman dengan suntikan epidural ni masa bersalin anak ketiga tahun lalu.

KG setuju dengan cara DKNA ABZA yang suka mencari info dulu sebelum memviralkan kisah tersebut. KG juga akan buat benda yang sama. Tapi berdasarkan pengalaman KG sendiri, sebelum menerima suntikan epidural tu pihak hospital ada bagi risalah untuk kita baca 
serta memahami apa itu epidural, kesannya dan cara diberikan suntikan. KG ada baca dua tiga empat kali sebelum membuat keputusan menerima suntikan tersebut.

Kenapa KG mahu guna cara suntikan epidural? Ya, masa nak bersalin hari tu KG terlebih sehari, tiada kontraksi dan bukaan juga tiada. Ada bukaan sebenarnya tapi 2cm. Doktor kata, "sekiranya masih belum ada bukaan sehingga jam 3 petang, kami terpaksa bedah puan". Sebelum tu, paginya air ketuban KG dipecahkan oleh doktor sebelum dibawah masuk ke wad.Bukaan masa tu masih 2cm. Wad bersalin penuh, jadi menunggu la. Bila dah ada bilik kosong, KG yang sedap-sedap atas katil disorong ke dalam wad. Masa tu la doktor tanya nak ubat tahan sakit, dan seingat KG ada tiga cara tapi paling KG ingat epidural la. Sebabnya kalau ambik epidural kau tak rasa sangat sakit tu. Tu yang doktor tu kata dan risalah tu nyatakan. Setelah keputusan dibuat, KG pun menunggu pakar epidural datang. Sebelum tu kena cek bukaan lagi, 2.5cm katanya.

Sebelum bagi suntikan sekali lagi doktor pakar tu bagi penerangan. KG angguk aje. Sebab sudah baca juga tu risalah tadi. "Sakitkah dok?" "Ya. memang akan rasa sakit sebab ianya dimasukkan ditulang belakang puan". Seorang nurse bantu KG bangun dan duduk membelakang. Bantal diberi untuk sokongan depan. Masa doktor suntik tu...(tak tahu la suntik ka apa sebab macam ada wayar halus masuk ditulang belakang) sakitnya Ya Allah... KG sampai gigit bantal dan ingat 'aku dah nak mati ker'. Proses suntikan tu ambik masa setengah jam juga rasanya. Selepas tu, ubat untuk tambah kontraksi ditambah dan diselaraskan dengan ubat dari suntikan epidural tu rasanya. KG pun tertidur. Baby masih KG rasa gerakannya cuma sakit tu tidak terasa. patutlah KG boleh tidur lena. Kena cek bukaan seterusnya  3cm. Kena suruh tunggu sampai jam 3 dan cek lagi bukaan masih 3cm dan jantung baby sudah tidak cantik kata doktor. Maknanya KG kena bawa masuk labour room. Segala dokumen disediakan, dan seorang doktor menghubungi suami KG untuk memaklumkan.

Seminggu selepas bersalin, sakit kepala memang terasa sangat. Itu salah satu kesan dari suntikan epidural. Selain itu sakit tulang belakang. Masa tu tak terasa lagi, sekarang dah terasa sakit tulang belakang. Nak tidur tegak pun sakit. Selebihnya, syukur alhamdulillah tidak menjejaskan apa-apa pada si baby KG.

Diringkaskan cerita, KG bukan hendak menolak 'sakit' yng Allah SWT telah aturkan. 3 orang anak KG lahirkan, masing-masing berikan pengalaman yang berbeza pada KG. Semua ada rasa sakitnya. Anak pertama masuk ubat untuk dipaksa bersalin. Itu sakit. Saaaangat sakit. Anak kedua terlebih 10 hari masuk ubat paksa bersalin tapi baby dah hampir lemas, tu yang kena bedah. Bedah pun sakit tau. Luka yang kena bedah lagi susah nak jaga. Dan yang ketiga begitu la pengalamannya di atas. Maaf la kalau jalan ceritanya tunggang langgang. Okey..sekian dulu.

6 ulasan:

  1. yelh pengalaman org sume lain2..mana nk sama

    BalasPadam
  2. tskk.. tskkk... seram baca.. tapi mmg lah.. cerita ni buat Ct appreciate every moms in the world yg sanggup lalui tiap kepayahan nk melahirkan zuriat mereka... cte2 mcm ni buat sy mkin syg my mom~ T_T

    BalasPadam
  3. Fiqa pun amik epidural juga masa anak 1st..anak kedua langsung tak amik ubat tahan sakit.

    BalasPadam
  4. Selalu dengar dari doktor, bila mak yang pernah amik epidural mengadu sakit belakang, doktor2 ni kata tu bukan sebab epidural tapi memang sakit belakang biasa

    kesian kat mak2 yang mengadu

    nak cari solution tapi doktor pulak denial

    huhu

    BalasPadam
  5. Pengalaman epidural ni memang lain orang lain cerita. Saya pun dua-dua anak guna epi.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...