KELEBIHAN ADA AKAUN PAY PAL - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

25 Julai 2015

KELEBIHAN ADA AKAUN PAY PAL

KELEBIHAN ADA AKAUN PAY PAL


Kelebihan menggunakan PayPal
  • Cepat – pembayaran dibuat serta-merta
  • Privasi – PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  • Global – PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  • Mudah – Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  • Dipercayai – Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  • Keberkesanan – Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

CARA NAK BUKA AKAUN PAYPAL,Kelebihan menggunakan PayPal
 Ini akaun paypal KG

Akaun paypal KG dah lama tak beroperasi(tak shopping luar negara, baki pun RM10 jer..hihi) aww..luar negara tu. Sebenarnya kisahnya KG buka akaun paypal ni masa nak membeli satu produk supplement. Di Malaysia ada jual tapi harga dua kali ganda dari harga sebenar. Jadi sebab itu la KG buka akaun paypal sendiri untuk order supplement tu. Kalau nak beli yang di Malaysia punya sellers tu MARK UP harga tinggi, lebih baik KG beli sendiri lagi murah dan tak repacking. 

Memang betul dengan adanya akaun pay pal, lebih mudah untuk kita membeli barang online dari luar. Asal korang ada duit dalam akaun maybank, paypal aktif pembayaran boleh dibuat tanpa perlu tukar matawang secara manual.Dia akan tolak dari akaun maybank kita ikut jumlah ringgit malaysia dalam dollar.

Nak buka akaun paypal ni payah juga masa KG dulu. Sebab tiada yang tolong, semua buat sendiri sehinggakan duit dalam akaun maybank pun maybank kebas. Huhuhuh..tu cerita bersama maybank. KG ingat buka akaun di MAYBANK2U ni bagus la tapi untuk pandangan peribadi KG, KG lebih suka dengan CIMBCLICKS. Kenapa? nanti la KG ceritakan.

Okey..nanti KG buat tutorial pulak CARA NAK BUKA AKAUN PAYPAL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...