KEBAIKAN LABU UNTUK KUCING - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

26 Julai 2015

KEBAIKAN LABU UNTUK KUCING

KEBAIKAN LABU UNTUK KUCING


KEBAIKAN LABU UNTUK KUCING,pumpkin
Kebaikan Labu"Pumpkin" untuk Kucing

"Pumpkin" ataupun labu adalah sumber makanan yang kaya dengan fiber serta mempunyai jumlah air yang banyak.Ianya adalah sumber semulajadi dan juga mudah didapati malahan murah harganya untuk merawat kucing yang mengalami cirit ataupun malah sembelit.

Pumpkin yang dimakan oleh kucing akan menyerap air dari usus kucing yang mengalami masalah cirit dan fiber dari pumpkin pula akan melembutkan najisnya untuk sembelit.Kedua-dua faktor ini mengimbangi jumlah air dalam "najis"nya semasa proses pengkumuhan.Dengan ini, najisnya akan menjadi separa keras/lembik dan kembali kepada normal.

Jika kucing mengalami masalah ini, pumpkin boleh membantunya mengembalikan kepada hasil asal najisnya serta hasilnya dapat dilihat dengan cepat.

Pemberian pumpkin ini boleh dibuat kepadanya dengan mencampurkan sedikit ke dalam makanannya kerana agak sukar bagi kucing mahu makan buah ini.Lebih mudah, dapatkan pumpkin dalam tin di pasaran,campurkan 1-2 camca dalam makanannya.

Sumber : FB


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...