CARA BUKA AKAUN PAYPAL GUNA KAD DEBIT MAYBANK - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

25 Julai 2015

CARA BUKA AKAUN PAYPAL GUNA KAD DEBIT MAYBANK

CARA BUKA AKAUN PAYPAL GUNA KAD DEBIT MAYBANK 

CARA BUKA AKAUN PAYPAL GUNA KAD DEBIT MAYBANK


Step 1: Korang masuk ke lama PAY PAL dulu. Boleh klik DI SINI. Paparan diskrin korang adalah seperti di bawah ya. Tengok bawah..okey..Kemudian korang klik la SIGN UP NOW.


  Step 2:  Selepas klik SIGN IP NOW korang akan nampak paparan macam digambar bawah ni. Ada dua jenis akaun. Jika korang hendak guna paypal untuk membeli belah sila la klik GET STARTED pada bahagian BUY WITH PAY PAL  Kalau untuk urusan terima duit atau bisnes boleh klik bahagian sebelah tu RECEIVE MONEY WITH PAY PAL.




 Step 3: Seterusnya korang akan nampak borang untuk isi data peribadi korang. Bahagian ini korang kena isi ikut dalam IC ya. Jangan la korang nama Amin bin Abu tapi isi dalam form tu Aaron Ajis.



 Step 4: Kemudian korang akan masuk  dalam SECURITY CHALLENGE. Yang ni isi ikut apa yang disuruh ya.



 Step 5: Tadaaaaa.. Tahniah korang dah ada akaun pay pal pun. Tinggal satu langkah aje lagi. Kena verify kan akaun pay pal korang. Bab ni korang kena ada kad debit Maybank. Ala yang ada gambar cherry merah tu. Dalam form ni korang kena bagi expired date kad debit tersebut berserta 3 digit pada kad debit korang. Jangan risau, ianya selamat selagi korang punya emel tidak di HACK! Sekiranya korang abaikan form ni, dia tetap akan suruh juga simpan yang dia mahu. Ya..akaun memang dah ada, tapi masih belum boleh membuat pembayaran pada mana-mana online shop.

sekadar hiasan aje yer



Tengok status akaun tu...UNVERIFIED kan. Kalau korang klik GET VERIFIED tu dia akan kembali pada form seperti di atas. Selepas dah isi apa yang kena minta barulah akaun korang boleh beroperasi membayar sana-sini. O ya...tak perlu risau jika tiada duit dalam akaun pay pal korang tu. Dia ada connection dengan akaun maybank korang, jadi setiap pembayaran yang korang buat guna pay pal secara automatiknya duit dalam akaun maybank korang yang ditolak. Tapi itu pun dengan kebenaran korang la. Sendiri nak bayar sendiri la yang buat pengesahan kan.




Okey la...tu aje KG boleh kongsikan.Kalau tak faham boleh tanya, jangan buat-buat faham.



1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...