#CABARAN20HARI | MEMORI RAYA 90AN ATAU ZAMAN KANAK-KANAK - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

12 Julai 2015

#CABARAN20HARI | MEMORI RAYA 90AN ATAU ZAMAN KANAK-KANAK

#CABARAN20HARI | MEMORI RAYA 90AN ATAU ZAMAN KANAK-KANAK


#DAY 14 #CABARAN20HARI | MEMORI RAYA 90AN ATAU ZAMAN KANAK-KANAK ..Flashback kepada zaman kanak-kanak KG dulu. Adik-beradik KG ada 7 orang semuanya. 4 lelaki dan 3 perempuan. KG adalah anak perempuan bongsu, tapi dalam keluarga KG anak ke-5. Bila mengimbas memori raya pada zaman kanak-kanak KG memang tersenyum sebabnya ianya suatu saat yang sukar dilupakan. Tinggal dikejiranan perumahan kakitangan guru di sebuah sekolah rendah dari kecil sehingga kini jauh bezanya. Dulu, bila hari raya mama dan bapa KG bawa jalan-jalan ke rumah jiran-jiran di situ. Jiran-jiran pun orangnya mesra dan pintu sentiasa terbuka bila hari raya. Lepas sembahyang raya, mula la jiran berkunjung ke rumah bapa KG. Dorang biasanya ziarah rumah ke rumah dulu yang ada orang la. Kemudian jiran dan kami pun membalas ziarah. Dulu-dulu juga duit raya memang masih ada diberikan cuma jumlahnya paling besar adalah RM10. Paling sedikit RM1. Tapi masa tu KG dan rakan-rakan bukan berebut-rebut kumpul duit raya tapi sibuk berkawan dan bermain. Masa itu la peluang kami berkunjung ke rumah jiran dan bermain sampai puas.

Lagi satu, dulu-dulu tiada istilah OPEN HOUSE raya ketiga la keempat la...Kita datang rumah orang pun tetap kena hidang biskut punya. Cuma ada satu peristiwa tu, KG dan kawan-kawan jalan beraya ke rumah teman(bukan dikawasan kejiranan KG) bagi salam dua tiga empat kali tak berjawab. Tapi berusaha bagi salam juga. Eh macam memaksa pula kan...akhirnya keluar la tuan rumah(anak tuan rumah sebenarnya..rakan KG) tanpa jawab salam kawan tu bagitau " ala...kami tidak beraya hari ini". Oh..faham dengan maksudnya, yang dia tidak mahu benarkan kami masuk. Aneh bukan bila hari tu masih hari raya KETIGA!!! Raya kan SEBULAN. Lalu kami pun patah balik untuk ke rumah teman-teman yang lain. Sejak dari itu, bila KG di ajak ke rumah teman yang tak beraya pada raya ketiga tu, KG memang takkan pergi ke rumah dia. SERIK!!!

Okey la tu antara memori KG masa zaman kanak-kanak dulu. Banyak sebenarnya cuma tak menang jari nak menaip. Korang punya memori raya zaman kanak-kanak pulak macamana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...