#CABARAN20HARI | KUIH KEGEMARAN DIBULAN PUASA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

03 Julai 2015

#CABARAN20HARI | KUIH KEGEMARAN DIBULAN PUASA

 #Cabaran20Hari KUIH KEGEMARAN DIBULAN PUASA



 #Cabaran20Hari KUIH KEGEMARAN DIBULAN PUASA
Onde-onde buatan KG sendiri ni

#DAY 7 #Cabaran20Hari KUIH KEGEMARAN DIBULAN PUASA ialah onde-onde buatan tangan KG sendiri. Nak beli memang banyak dijual tapi kita tak tahu dalam dia masak atau tidak. Alkisahnya KG ada membeli onde-onde pada puasa ke 8 ari tu. RM4 bersamaan 12 biji. Seringgit tiga biji. Bentuk comel macam sedap aje... jadi petang bila masa berbuka, KG makan...alahai dalamnya masih mentah. Terus selera pada onde-onde hilang begitu saja.


Apapun ... dua hari lepas tu KG buat sendiri. Makan sampai puas. Tapi resepi KG buat onde-onde lain dari orang buat.

Bahan-bahan

Onde-onde Ubi keledek/Ubi manis

Tepung Pulut

Sedikit tepung gandum

Ubi manis atau ubi keledek

secubit garam

gula merah

kelapa parut 

gula sedikit

pewarna


Caranya: Rebuskan ubi manis atau ubi keledek sehingga masak. Kemudian lecekkan. Campurkan tepung pulut dan gandum serta sedikit gula dan secubit garam dalam tepung. Kenapa KG letak garam dan gula? hihih sesaja jer..nak ada rasa manis masin, tapi bila dah masak tak rasa masin pun. Kalau tak nak garam pun terpulang. Gaul la tepung tadi dengan ubi yang dilecek sehingga boleh dibulat-bulatkan. Letak la pewarna yang korang suka. Kebanyakan suka kaler hijau onde-onde ni, KG ni suka buat kelainan. Boleh saja belangkan onde-onde. Tapi tu yang digambar tu KG tak de stok warna kuih yang banyak. Isi inti gula merah, rebus la guna kreativiti korang sendiri. Ala..KG guna periuk aje isi air tunggu mengeleggak baru letak tepung yang berinti tadi. Tunggu timbul beberapa minit baru la di angkat dan mandikan dengan kelapa parut.   Bolehlah dihidangkan. Oh ya, boleh juga di goreng ya kalau tak nak rebus. Bezanya campur ubi dengan tidak... yang versi KG ni lebih lembut dan tak melekat. Sebab kalau yang ada gigi pelesu tu memang akan elak makan kuih berasaskan pulut kan...


Okey sekian dulu



#ExChangedFeedGroup
#kelabbloggerbenashaari

3 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...