#CABARAN20HARI | AKTIVITI DIPAGI RAYA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

14 Julai 2015

#CABARAN20HARI | AKTIVITI DIPAGI RAYA

#CABARAN20HARI | AKTIVITI DIPAGI RAYA

#DAY 16 #CABARAN20HARI | AKTIVITI DIPAGI RAYA Seperti kebiasaannya KG kalau dirumah sendiri wajib la urus anak-anak dulu. Bersiap-siap untuk ke rumah mama atau mak mentua. Tapi kebiasaan tu bila raya pertama di rumah mama lain sikit. Kronologinya macam ni. Bangun pagi-uruskan anak-anak bagi mereka siap dengan baju baru mereka dulu-bagi sarapan awal-awal sepaya tak berebut-rebut dengan sepupu-sepupu lain-siapkan asben(eh..kejutkan asben bersiap untuk sembahyang sunat Hari Raya)-bagi asben sarapan bila dah siap-dorang jalan pergi masjid-KG dan aweks-aweks dirumah menyiapkan diri serta hidangan, sebabnya selepas habis sembahyang sunat hari raya yang lelaki balik-aktiviti bersalam-salaman bila semua kaum lelaki dah balik-bergambar-dan sambung makan-gelak sakan-bersiap untuk balik rumah mak mentua pulak.

Kronologi kalau raya pertama dirumah mak mentua pada raya pertama. Bangun awal pagi-masak-masak-masak-siapkan anak-anak dengan pakaian baru-siapkan suami sekali-oleh sebab dikampung asben ni jauh dari pekan dan masjid pun jauh, maka sembahyang sunat hari raya dijalankan disurau kecil, tak muat asben pun tak pergi- bagi sarapan untuk semua- setakat ni beberapa tahun dah kahwin dengan asben tak pernah ada aktiviti bersalam-salaman dengan ipar-ipar dipagi raya, hanya dengan mak dan bapa mentua saja-ganjil? KG lagi rasa ganjil tapi macam dah lali. Okey..tu jer

#ExChangedFeedGroup
#kelabbloggerbenashaari

2 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...