REVIEW CINTA VILLA HOMESTAY - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

04 Jun 2015

REVIEW CINTA VILLA HOMESTAY

CINTA VILLA HOMESTAY

Cinta Villa Homestay terletak di Mesilau, Kundasang Sabah


CINTA VILLA HOMESTAY,mesilau, homestay dimesilau, kundasang, sabah, homestay
Pemandangan dari CVH

CINTA VILLA HOMESTAY,mesilau, homestay dimesilau, kundasang, sabah, homestay
Map untuk ke Cinta Villa Homestay

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat anda yang bercadang hendak bercuti ke Sabah, saya ingin mencadangkan Cinta Villa Homestay sebagai tempat penginapan anda. Kenapa? Kerana di Cinta Villa Homestay semuanya berpatutan dan berbaloi jika menginap di sini. Selain pemandangan yang cantik, udara yang nyaman...korang boleh lihat sendiri bertapa megahnya Gunung Kinabalu dari Cinta Villa Homestay ini. 
Pintu hadapan CVH

Cinta Villa Homestay (CVH) ini terletak di Mesilau, Kundasang, Sabah. Sepanjang perjalanan anda boleh melihat pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran. Bukan itu saja... anda boleh melawat ke Ladang Tenusu Mesilau. Di mana tempat ini seakan-akan membuatkan anda seperti berada di luar negara! New Zealand tu....Percaya atau tidak..korang kena alami sendiri.

Selain melawat ke Ladang Tenusu Mesilau, korang boleh melawat ke tempat-tempat sepertiTaman Kinabalu, Mesilau Nature Centre, Luanti, Ladang Teh dan Kolam Air Panas Poring. Yang pasti...korang akan berpuashati berada di Sabah bila dapat melawat ke tempat-tempat ni.


Untuk booking, sila hubungi nombor tertera ya.

1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...