KEYBOARD WARRIOR - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

14 Jun 2015

KEYBOARD WARRIOR

KEYBOARD WARRIOR


keyboard warrior,whatsapp,telegram,copy paste

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100


SIAPA ‘KEYBOARD WARRIOR’?



‘Keyboard warrior’ (juara papan kekunci) ditafsirkan sebagai individu yang cuba menjadi hero dalam kalangan masyarakat dengan menyampaikan sesuatu pandangan dirasakan sahih baginya tetapi hanya berani ‘menyorok’ di sebalik skrin komputer. Golongan ini dianggap hanya berani melontarkan suara dan pendapat melalui media sosial terutama Facebook dan blog, tetapi secara realitinya perwatakan mereka tidaklah seberani seperti digambarkan melalui luahan di Internet.

Golongan ini dilabel negatif kerana komen dan pendapat lebih terarah kepada menghentam orang lain sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang dimaksudkan. Kewujudan media sosial secara tidak langsung melahirkan lebih ramai ‘cendikiawan’ baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Istilah ini terus meluas merangkumi cara seseorang dalam mempertahankan pendapatnya terhadap sesuatu hal.

Mungkin ramai bersetuju apabila berkongsi komen dan pendapat membuktikan kebebasan bersuara dan membaca melalui Internet. Apa saja boleh dicurahkan dalam Internet walaupun bagi mereka yang tidak berupaya untuk berhujah. Berbeza pendapat dan bertukar fikiran adalah penting bagi pembangunan minda masyarakat, tetapi memaki hamun dan menulis kata kesat hanya menumpulkan minda seseorang. 



Info di atas KG ambik dari SINI


KG menaip tentang keyboard warrior ni kerana ada rasa tidak puashati pada segelintir manusia. Zaman sekarang ini bukan setakat facebook, twitter, blog dan sebagainya sebagai tempat menyebarkan berita. Tetapi whats app, telegram, kakaotalk dan macam-macam lagi menjadi tempat penyebaran yang paling pantas. Kalau dulu SMS, tapi sekarang SMS sudah ketinggalan jauh. Hantar mesej menggunakan perisian whatsapp, telegram melalui smartphone dalam sesaat saja sudah diterima.(Bergantung pada kuota internet dan talian internet la juga..hihi.)

Apa yang KG tak puashati? Dalam group whatsapp, laju benar tersebar sesuatu berita. Ada berita yang sudah bertahun-tahun lamanya dimuat naik balik. Budaya COPY PASTE dikalangan pengguna whatsapp kian menjadi-jadi. Tapi KG nak larang pun itu henpon memasing kan. Namun begitu, sekurang-kurangnya carilah dulu kebenaran setiap baris ayat yang korang nak COPY tu, bila ada kebenarannya baru la di PASTE kepada orang lain. Kerana bila sesuatu berita palsu di COPY dan terus di PASTE tanpa tahu kebenarannya, ia akan menjadi fitnah!!! Samalah macam korang sebar fitnah!!!

Kesimpulannya, sebelum berlagak menjadi keyboard warrior silalah pastikan KESAHIHAN sesuatu berita bila hendak disebarkan.

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100


1 ulasan:

  1. bila dapat berita yg tak sahih, saya selalu tanyakan yg sebarkan...betul ke, siapa yg kata .biasanya jawapan diberi 'aku share je'

    smua malas fikir dah skrg, semua dia terima tanpa bertanya dan periksa dulu.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...