JANGAN DATANG KE SABAH SARAWAK - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

04 Jun 2015

JANGAN DATANG KE SABAH SARAWAK

JANGAN DATANG KE SABAH SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kesian...kesian ahkak bila ada sesetengah orang post di laman sosial pasal kemunduran negeri Sabah dan Sarawak. Rasa kesian ahkak pada orang-orang berkenaan. Tak pernah tengok di tv ker pasal negeri Sabah dan Sarawak? Sampai begitu sekali pemikiran mereka?
Tidak rasa ganjil ker kalau bakal pelajar U buat kenyataan begitu? Ganjil sungguh sebab layak masuk universiti tapi hal mengenai negeri Sabah dan Sarawak pun dia tidak tahu. Atau hanya menggunakan imaginasi bodoh...kononnya orang-orang di Sabah/Sarawak ni masih tinggal atas pokok dan gua? Baik jangan menilai tempat orang sebelum tengok sendiri la...
Di Sabah/Sarawak ni, kalau korang datang sendiri... barulah boleh bandingkan dengan tempat korang. Syukurlah kalau orang-orang tu layak masuk UMS.. jangan pulak jadi macam sesetengah orang yang cakap buruk lepas tu sampai di sini tidak mahu balik dari Sabah...
Sepatutnya...tidak perlu mengutuk tempat orang lain biarpun tempat kita adalah yang terbaik.Tak gitu? dunia ni hanya pinjaman sementara...uols kutuk-kutuk tempat orang hakikatnya kita berada di dunia yang sama...bumi yang sama. Lainlah kalau korang di planet lain yang suci..bersih...aman...damai...cantik...
Okey la...akhir sekali...pesan ahkak..jangan datang ke Sabah dan Sarawak kalau imaginasi korang tu mengatakan negeri ni mundur. Penduduknya masih pakai cawat, tinggal atas pokok atau masih menggunakan sampan atau rakit. Ya..benda tu masih ada dan wujud untuk dipersembahkan sebagai salahsatu kebudayaan di Sabah dan Sarawak.Jadi, jangan suka menilai sesuatu tempat yang belum dijejaki. Buat malu saja okey....Mohon maaf la, bukan niat nak UP kan isu kenegerian. Sebenarnya sudah lama benda ni tapi tak adalah ahkak nak kecoh-kecohkan.

4 ulasan:

  1. hahahahaaa...!! ada lagi manusia yg berfikir kolot macam tu...?? kesiaaaannnn...

    Sabah best lah..!! ain kalau gi Sabah mesti gi Kundasang.. macam oversea okeyyy...kalah New Zealand... :)

    Sabah dan Sarawak patut kekalkan alam semulajadi dan pelihara sebaiknya.. itu lah kekayaan sebenar Sabah dan Sarawak..... :)

    BalasPadam
  2. Igtkan bila zaman dah makin milennium ni orang dah berfikiran terbuka tapi makin kolot pulak...

    BalasPadam
  3. kesian siapa yang berfikir macam tu..

    BalasPadam
  4. Kak KG... Orang-orang macam tu..pandai cakap..cari fakta taknak..walhal internet di hujung jari..masih lagi tiada rasa ingin menulusiri laman sesawang cari fakta sebenar...

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...