GUNUNG KINABALU DITUTUP DAN BAYARAN PENDAKI AKAN DIKEMBALIKAN TAMAN-TAMAN SABAH - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

06 Jun 2015

GUNUNG KINABALU DITUTUP DAN BAYARAN PENDAKI AKAN DIKEMBALIKAN TAMAN-TAMAN SABAH

GUNUNG KINABALU DITUTUP DAN BAYARAN PENDAKI AKAN DIKEMBALIKAN TAMAN-TAMAN SABAH


RANAU – Taman-Taman Sabah akan mengembalikan semua wang pembayaran kepada semua pendaki yang telah membuat tempahan awal untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarahnya, Dr. Jamili Nais, ekoran penutupan Gunung Kinabalu kepada semua pendaki selama tiga minggu selepas kejadian gempa bumi bermagnitud 6.0 pada skala richter melanda Ranau, semalam.
“Taman-Taman Sabah akan kembalikan semula pembayaran kepada pendaki yang membuat tempahan dengan kita sahaja,” katanya kepada SayangSabah di sini hari ini.
Jika melihat tahap kerosakan dan isu keselamatan di sana sekarang, Dr.Jamili berkata, pihaknya mungkin terpaksa melanjutkan tempoh penutupan itu bagi memastikan keselamatan semua pihak.
Katanya, ini kerana keadaan laluan sepanjang ke puncak agak berbahaya ketika ini terutama di kawasan Panar Laban rock face, iaitu 6.5 kilometer ke puncak gunung, kerana terdapat banyak runtuhan batu di situ.
Ditanya sama ada keadaan ini mungkin menjejaskan kehadiran pelancong ke Gunung Kinabalu, Jamili menegaskan kebimbangan sekarang adalah mengenai isu keselamatan pelancong dan pendaki.
“Pelancongan sekarang perkara kedua, kita punya perhatian sekarang adalah isu aspek keselamatan semua pihak lebih utama,” ujarnya.
Jamili berkata, keadaan yang berlaku adalah sesuatu diluar kawalan dan kali pertama berlaku memandangkan Taman Taman sudah menguruskan pendakian sejak 50 tahun lalu bermula 1965.
“Kalau dapat mendaki pun kalau keselamatan tidak terjamin itu lebih membahayakan,” jelas beliau lagi. oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

sumber: SAYANG SABAH

3 ulasan:

  1. Bagus tindakkan ini...biar keadaan betul2 selamat baru fikir ttg pelancongan...

    BalasPadam
  2. Keselamatan lebih penting

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...