GEMPA BUMI DI RANAU SABAH JADI BAHAN GURAUAN - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

06 Jun 2015

GEMPA BUMI DI RANAU SABAH JADI BAHAN GURAUAN

GEMPA BUMI DI RANAU SABAH JADI BAHAN GURAUAN


gempa bumi 2015, ranau,sabah, gurauan, penunggu gunung, kinabalu, aki nabalu
Hari Gawai disambut di Sarawak, Pesta Kaamatan disambut di Sabah. Jangankan di Sabah dan Sarawak ada minum minuman keras, lihat di tempat sendiri la. Jangan nilai tempat orang berdasarkan pemikiran sempit. Tolong la.


Ya kah?...Orang Sabah kurang maju? Dari segi apa kurang maju? Guna akal bila UP kan status di laman sosial. Setiap ayat yang korang karang tu sebenarnya menunjukkan diri korang sendiri. Ketidakpuasan hati terhadap orang lain menyebabkan korang menyatakan sedemikian. Kesiannya.

Doa la yang buruk-buruk. Bila negeri Sabah mendapat musibah, hinaan dan dijadikan senda gurau. Tapi KG masih bersyukur menjadi rakyat negeri Sabah. Bila tempat lain ditimpa musibah, bukan kejian dan cacian dilemparkan, malah bantuan serta turut sama berdoa untuk keselamatan sesama manusia. 

Sila...sila gelak puas-puas. Korang tak nak percaya, tiada siapa nak paksa la. Tapi jangan sampai menghina. 




Kadangkala, KG terfikir...kenapa masih ada manusia yang berfikiran sempit macam mereka? Dan...apa sebenarnya dosa orang negeri Sabah pada mereka? Sedang kami dilanda musibah, masih mampu orang diluar sana UP kan pelbagai status di facebook yang berbaur gurauan, cacian dan makian. Jika sebusuk tahi pun yang diperkatakan tentang Sabah oleh mereka, sebenarnya mereka la yang lagi busuk kerana membuat status sebegitu tanpa guna otak yang dimliliki.

Akhir kata, semoga dipermudahkan segala apa yang menimpa Negeri Sabah terutama mereka yang menjadi mangsa di Gunung Kinabalu dan Daerah Ranau.

3 ulasan:

  1. Ni la generasi baru yg terlebih ilmu...semua pandai jadikan bahan gurauan sbb x kena kat diri sendiri...cuba diorg yg kena..bantuan lambat atas sbb tertentu pun diorg maki nanti...otak letak kat lutut...kesian mak bapak diorg ada anak macam ni...moga rakyat sabah selamat semuanya...biarkan golongan looser ni dgn keyboard warrior diorang...mereka ni cetek ilmu

    BalasPadam
  2. Abaikan mereka ini tidak perlu dipanjangkan. Walau apapun setiap dugaan ujian itu mungkin satu ujian atau satu kemurkaan. Sama-sama kita perbanyakkan beristighfar dan kembali pada jalan yang benar

    BalasPadam
  3. cn pun pelik masih ramai org smenanjung yang masih percaya bahawa sabah n sarawak ni negeri mundur, siap percaya ada org tggl atas pokok, memang teruk. Orang mcm ni kena pegi sendiri baru tahu keadaan di sana, CN suka sabah, lagi2 kundasang..mmg best

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...