Car seat untuk keselamatan anak kecil - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

03 Jun 2015

Car seat untuk keselamatan anak kecil

PENTINGNYA CAR SEAT UNTUK BAYI


car seat, keselamatan bayi, car seat murah
Sumber : Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera

CAR SEAT| Memang perlu disediakan bagi keluarga yang ada bayi kecil macam KG. Anak-anak KG yang pertama berumur 7 tahun namanya Dania, yang kedua umur 6 tahun bernama Danish.Manakala yang paling kecil bernama Danny baru masuk 6 bulan 3 hari.

Kenapa pentingnya car seat untuk anak KG? Pertamanya untuk keselamatan anak.Dengan adanya car seat untuk baby, kita letak baby dikerusi tu pun tak risau. Yalah, bayangkan kalau kita dukung baby dan kita duduk bahagian depan. Jika berlaku perkara yang kita tidak jangka, sekurang-kurangnya risiko baby terhantuk pada dashboard kereta tiada dan bayi tercampak keluar pun tidak terjadi. Keduanya, KG dapat mendidik baby berdikari. Jangan asyik nak berdukung aje.Lagipun mudah kan...kalau kita nak ke toilet ke, keluar membeli ke...tidak la menyusahkan suami dukung baby. Mana la tau suami pun nak rehat dari driving.


Apapun...sebenarnya yang berlaku memang sudah ditentukanNya. Kita cermat walau macamana sekalipun, jika kecuaian orang lain pun pasti kita terlibat juga. Sedihkan bila dengar berita kemalangan melibatkan baby usia belum setahun tercampak keluar...terhantuk didashboard. KG sebenarnya fobia dengan berita tu, dan sebab itu KG sediakan carseat untuk baby Danny. Selalu bila naik kereta hendak ke mana-mana KG berdoa semoga selamat sampau ke destinasi. Terutamanya anak-anak.Siapa yang tak nak sampai dengan selamat kan.

Okey la akhir kata...belilah car seat untuk anak anda. Sekian dulu ya. Hati-hati bila korang memandu ya.

6 ulasan:

  1. tak ramai parents yg nak didik anak letak dlm carseat kan... bahaya ..

    BalasPadam
  2. take note utk mereka yg ada anak kecik. ishh bahayanya

    BalasPadam
  3. Seatbelt ni bkn je penting utk orang dewasa tapi utk bayi gak...ramai tak sedar benda ni sebenarnya..

    BalasPadam
  4. ramai ibu bapa merungut kata car seat utk baby ni leceh lah.. susah nak pasang lah.. buat penuh kereta lah... tapi bila dah jadi apa2, menyesal pun tak berguna lagi... :(

    BalasPadam
  5. Sediakan Car Seat For Baby sebelum berlaku kemalangan

    #ParodiSediakanPayungSebelumHujan

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...