#CABARAN20HARI : PENGALAMAN SAHUR - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

28 Jun 2015

#CABARAN20HARI : PENGALAMAN SAHUR

#CABARAN20HARI : PENGALAMAN SAHUR

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#CABARAN20HARI : PENGALAMAN SAHUR
Kredit :Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera

#DAY 2 #Cabaran20Hari | PENGALAMAN SAHUR yang KG dapat kongsikan di sini semasa mula-mula mendirikan rumahtangga. Masa bujang dulu memang la kau sedap-sedap tidur tak payah ingat nak masak apa semua untuk bangun sahur. Bapa KG tukang bangunkan KG dan adik-beradik lain manakala mama pula yang masak semua makanan untuk makan waktu sahur. Itu masa KG bujang. 

Alkisahnya bila sudah berumahtangga ni tinggal sendiri dari keluarga sendiri dan mentua, maknanya kau kena buat semuanya sendiri. Kalau tak memang tidak bersahur la alamatnya. Dijadikan satu hari tu, kalau tak silap hari pertama untuk bersahur KG pesan asben KG malam tu sebelum tidur "D, jangan lupa kejutkan esok pagi tau". Dengan selamba asben jawab "Okey Ney"

Sahurnya.... sedap aje masak ayam goreng, sosej masak sos,sayur kubis tumis dengan air nescafe. Nasi pun dah ada baki malam tadi. Lalu kejutkan si asben untuk makan bersama. "D, bangun. Jom makan sahur". Asben pun bangun aje tanpa bunyi, dia pergi basuh muka tak sampai dua minit dah muncul dimeja makan. KG buka TV , konon makan sambil tonton rancangan tv. Astro kan banyak siaran ulangan. Alhamdulillah , selesai makan KG kemas la meja. Asben pula ambik segelas nescafe dan keluar di beranda untuk 'makan asap'. KG tengok jam ada 15 minit lagi sebelum waktu imsak. Masa tu senang sikit anak-anak KG pun masih kecil lagi 2 dan 3 tahun. Jadi KG dengan suami aje lah yang sibuk bersahur. Seperti kebiasaan KG masa bujang-bujang dulu, lepas sahur WAJIB tidur balik. Maka, KG dan asben sambung tidurlah konon. Puasa pertama kan. Sempurna aje la semua kononnya. 

"Ney!!!! Ini jam berapa sudah ni? Ney tak bangun lagikah?" 
"Erm...bangun apa lagi? kan kita sudah makan tadi...orang sudah sahur la D. Eiii..kacau"
"Bila masa kita makan Ney...Ya Allah..." Belum habis ayat asben KG, automatik mata KG terbuka luas. Hilang segala mengantuk. Tengok ditingkap, cahaya sudah terang. KG bergegas keluar tengok jam. "Ya ampun!!!!! Jam 5.45 pagi.. D. Astaghfirullahalazim, aku mimpi rupanya semua tu tadi." KG balik ke bilik, "D, apa boleh buat terlajak tidur. Tahan aje la puasa pertama ni ya D." Pujuk KG pada asben. "Yalah, apa boleh buat ada orang mimpi sudah bersahur." Ejek asben KG.

Itulah cerita pengalaman sahur KG. Sendiri tanpa keluarga dan keluarga mentua. Hari pertama puasa tanpa bersahur. Korang pulak apa pengalaman sahur korang? bolehlah try sahut #Cabaran20Hari ni.

#ExChangedFeedGroup
#kelabbloggerbenashaari


pssstt...D adalah panggilan KG pada asben KG.dan Ney adala panggilan asben pada KG. (D=Dear dan Ney=Honey)

3 ulasan:

  1. ADOII. kenyang tak ahkak gojes makan dalam mimpi? kihkih

    BalasPadam
  2. Nanti mimpi berbuka sekali ya...? Baahaha!

    BalasPadam
  3. Salam KG, bangun bangun bangun sahur

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...