#Cabaran20Hari | APA ERTI PUASA PADA ANDA? - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

27 Jun 2015

#Cabaran20Hari | APA ERTI PUASA PADA ANDA?

#Cabaran20Hari | APA ERTI PUASA PADA ANDA?

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera

#DAY1 #Cabaran20Hari APA ERTI PUASA PADA ANDA? KG teringat masa sekolah dulu ada diajar tentang makna puasa. Sehingga kini KG ingat maknanya iaitu Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga matahari terbenam disertai dengan niat. Sehingga bergelar ibu kepada tiga orang anak, KG berpegang pada maksud puasa tersebut. Bila anak-anak bertanya jawapan KG memang itu lah.


Selain tu, puasa juga memberi makna kepada diri KG supaya menjadi orang yang sabar. Bukan setakat sabar menahan lapar dan dahaga tetapi dari segi emosi, pertuturan dan perlakuan. Puasa juga mengajar KG supaya jangan membazir. Setiap kali ada makanan lebih bila tangan hendak membuang, KG terus teringat ustaz pernah cerita " Jika kamu membuang makanan yang berlebihan semasa puasa, sepatutnya kamu beringat dulu dengan insan lain yang tidak mampu makan semewah kamu." Ya..KG teringat pada insan yang serba kekurang bukan di negara kita sahaja tetapi di negara lain. Mahu tidak mahu KG simpan dan makan untuk sahur. 

Masa puasa ni juga KG suka menghantar juadah seperti kuih-muih kepada jiran. Alhamdulillah. Tradisi dari KG kecil dulu, KG bawa sehingga kini.Okey la,begitulah  pengertian puasa bagi KG #Cabaran20Hari  #Day01


#ExChangedFeedGroup
#kelabbloggerbenashaari


3 ulasan:

  1. Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    BalasPadam
  2. ada kesedraan bagi kita yg suka berlebih-lebih bab makan, ingat orang yang kelaparan..

    Puasa mengajar kita banyak erti ..syukur alhamdulillah kita sentiasa dipertemukan dengan Ramdhan, bulan yg penuh berkat .

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...