TAHUKAH ANDA? DI SABAH ADA 34 BUAH GUNUNG SELAIN GUNUNG KINABALU - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

25 Jun 2015

TAHUKAH ANDA? DI SABAH ADA 34 BUAH GUNUNG SELAIN GUNUNG KINABALU

TAHUKAH ANDA? DI SABAH ADA 34 BUAH GUNUNG SELAIN GUNUNG KINABALU



1.Gunung Ambun - mempunyai ketinggian setinggi 1006 meter

2.Gunung Bagahak - ialah sebuah gunung yang terletak di Kampung Membati, daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Tingginya 774 meter

3.Gunung Gaya - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah. Gunung Gaya mempunyai ketinggian setinggi 455 meter.

4.Gunung Ginivisan - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tambunan di negeri Sabah, Malaysia. Tingginya 1,143 meter.

5.Gunung Harimau - merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah. Gunung Harimau mempunyai
ketinggian setinggi 1,067 meter.

6.Gunung Hatton merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Lahad Datu di negeri Sabah.
Gunung Hatton mempunyai ketinggian setinggi 648 meter. Gunung Hatton terletak dalam Taman Perlindungan Tabin.

7.Gunung Kauran - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah,Malaysia. Gunung Kauran mempunyai ketinggian setinggi 1,168 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

8.Gunung Kinabalu - yang terletak di Sabah, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut. Gunung Kinabalu merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

9.Gunung Kuli - merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Kuli mempunyai ketinggian setinggi 1,387 meter.

10.Gunung Ligan - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah , Malaysia. Gunung Ligan mempunyai ketinggian setinggi 1,386 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

11.Gunung Lotong - yang terletak di Maliau Basin,, Sabah mempunyai ketinggian setinggi 1,664 meter (5,459 kaki). Gunung Lotong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

12.Gunung Lucia - merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah, Malaysia. Gunung Lucia mempunyai ketinggian setinggi 1,201 meter.

13.Gunung Luis merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah, Malaysia. Gunung Luis mempunyai ketinggian setinggi 1,426 meter.

14.Gunung Lumutan - merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Lumutan mempunyai ketinggian setinggi 1,318 meter.

15.Gunung Magdalena - merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Magdalena mempunyai ketinggian setinggi 1,331 meter.

16.Gunung Maria - merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah, Malaysia. Gunung Maria mempunyai ketinggian setinggi 1,067 meter.

17.Gunung Mostyn merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Kunak di negeri Sabah, Malaysia. Gunung Mostyn mempunyai ketinggian setinggi 495 meter.

18.Gunung Paling-paling - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah, Malaysia. Gunung Paling-paling mempunyai ketinggian setinggi 885 meter.

19.Gunung Panampakan - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tambunan di negeri Sabah, Malaysia. Tingginya 1,086 meter.

20.Gunung Pisagan - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah , Malaysia. Gunung Pisagan mempunyai ketinggian setinggi 1,137 meter.
21.Gunung Pock - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Pock mempunyai ketinggian setinggi 488 meter.

22.Gunung Rinangisan - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah, Malaysia. Gunung Rinangisan mempunyai ketinggiaN setinggi 1,326 meter. Ia terletak dalam Taman Banjaran Crocker.

23.Gunung Sigalong - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Semporna di negeri Sabah, Malaysia. Gunung Sigalong mempunyai ketinggian setinggi 457 meter.

24.Gunung Sigapon - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Keningau di negeri Sabah , Malaysia. Gunung Sigapon mempunyai ketinggian setinggi 613 meter.

25.Gunung Silam - merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Kampung Lama, daerah Lahad Datu di negeri Sabah, Malaysia. Gunung Silam mempunyai ketinggian setinggi 883 meter.

26.Gunung Tambuku - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah , Malaysia. Gunung Tambuku mempunyai ketinggian setinggi 940 meter.

27.Gunung Tambuyukon - yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian setinggi 2,579 meter (8,462 kaki).Gunung Tambuyukon mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

28.Gunung Tampilat - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah , Malaysia. Gunung Tampilat mempunyai ketinggian setinggi 963 meter.

29.Gunung Tannabalu - merupakan sebuah gunung yang terdapat di Pulau Timbun Mata, daerah Semporna, Sabah. Ketinggian gunung ini 596 meter.

30.Gunung Tinutudan - merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tinitudan mempunyai ketinggian setinggi 1,469 meter. Gunung Tinutudan mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane. Ia terletak dalam
Taman Banjaran Crocker.

31.Gunung Tribulation - merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam Lembah Danum, Banjaran Brassey, daerah Lahad Datu di negeri Sabah , Malaysia. Gunung Tribulation mempunyai ketinggian setinggi 1287 meter.

32.Gunung Trusmadi - yang terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,462 meter (8,669 kaki).Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnya Nepenthes macrophylla.

33.Gunung Wakid - adalah gunung yang tertinggi di kawasan daerah Tambunan. Gunung wakid terletak di kampung Sunsuron, Tambunan dan mempunyai ketinggian kira-kira 2,000 meter dan dikeliling hutan tebal yang menghijau.

34.Gunung Wullerstort - merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah.  Gunung Wullerstort mempunyai ketinggian setinggi 762 meter.

2 ulasan:

  1. waaaaaa.. banyak rupanya.. hehe

    Nak kad raya? Jom join ni "Saya Nak Kad Raya Dari EJULZ!!!" Tq..

    Nak Gopro 4? Jom join ni "GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100"

    BalasPadam
  2. Tak tahu le pulak.. Yang tahu, yang popular tu lah, Gunung Kinabalu..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...