Kak Gojes dan Hand Bag - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

07 Mei 2015

Kak Gojes dan Hand Bag


Wanita dan Hand Bag

handbag, beg tangan, wanita dan beg tangan, kak gojes, beg tangan prada, channel, gucci
kredit : pakcik google

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini KG mau taip pasal beg tangan atau dalam bahasa saintifik (english) Handbag. Sebenarnya sudah lama mahu cerita pasal handbag ni, tapi malas jari-jemari yang gemoks ni menaip.

Siapa sukakan handbag?mestilah wanita sukakan handbag kan... tapi KG pernah jumpa kaum adam yang sukakan handbag. Jumpa masa kursus di INTAN, Kota Kinabalu dulu. Siap bawa handbag macam mak-mak datin dalam drama tu. Harga handbag 1K uolsss. Ok...foineeeee (kata sayidahnapisah). Tapi kawan tu ramah sesangat sampaikan KG suka berbual dengan dia yang sikit-sikit nak menepap orang. KG masa tu bawa beg sandang aje. Nak bagitahu di sini KG bukan jenis wanita sukakan handbag. Rasanya tak ganjil kan. KG suka tengok orang bawa handbag tapi bila KG bawa handbag segala isi dalam tu penuh dengan bateri, gunting, gam,batu kecik,sampah,buku, novel dan makanan ringan. (Banyak lagi sebenarnya...)

Ada sekali tu kawan jual handbag dengan KG, harga dalam rm3++. Tengok gambar memang lawa handbag tu. Sukat punya sukat...alamak tak muatlah harta karun KG kalau beli handbag cam tu harga besar. Lalu bertanya la pada si suami.. "D..kalau beli handbag macam ni harga berbaloi tak?" Hahaha...encik suami jeling mengejek. "Beli handbag mahal-mahal buat apa...baik beli baju baru" hah, ambik kau Encik suami jawab cengitu. Ala...KG bukan berniat nak beli pun. Baru tanya pendapat.

Tapi kan...mesti ada ramai wanita yang sanggup beli sebiji handbag yang berharga beribu-ribu kan? Sememangnya KG tak faham motif beli handbag harga beribu ni, sebabnya memang tak minat. Bagi yang sukakan handbag memang la sanggup. Cuma...KG tak dapat 'tengok' melalui sudut pandangan mereka yang gemarkan handbag ni. Apa sebenarnya kelebihan handbag mahal? kualiti? Ya mungkin kualiti mempengaruhi...jenama? rasanya mempengaruhi juga....tapi dari sudut lain? Ada?

Apapun...tak semua ada citarasa yang sama kan. Lain orang...lainlah citarasanya. KG berenti sampai di sini dulu...

Sekian dan wassalam

2 ulasan:

  1. alamak KG saya pun suka beli handbag hehehehhe

    BalasPadam
  2. wanita & handbag memang sukar untuk dipisahkan haha

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...