Drama DIA...ISTERI LUAR BIASA tidak bermoral - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

31 Mei 2015

Drama DIA...ISTERI LUAR BIASA tidak bermoral

Drama DIA...ISTERI LUAR BIASA tidak bermoral

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu KG mohon maaf dengan tajuk tu ya. Bukan KG yang mengatakan sedemikian. Semalam masa buka facebook, KG ada terperasan dengan beberapa status dan komen pasal drama Dia...Isteri Luar Biasa. Yang menariknya....ada yang mengatakan drama ni kurang elok. KG pun cuba cri dibahagian mana kurang eloknya, KG google dan jumpa la beberapa kritikan yang drama DILB kurang bermoral kerana adanya babak yang ditangkap khalwat, konon watak tu sengaja perangkap watak tu. Tidak kurang juga yang mengatakan drama melayu ni membosankan, tidak membangunkan penonton dan banyak lagi.

Sebenarnya itu kalau bagi yang tidak suka. Memang la kalau dorang dah tak suka, banyak sangatlah negatif dari positifnya. Lalu dikutuknya. Tapi cuba kita lihat dipandangan mata mereka yang suka menonton drama begini. Penonton marah sebab watak tu begini dan begitu. Dalam masa yang sama penonton masih ternanti-nanti episod seterusnya. Biasanya bila sesuatu watak itu menimbulkan kemarahan penonton tu maknanya pelakon itu berjaya membawa watak tersebut. Dan....jika tidak suka, pilihan ditangan anda sendiri menentukan channel apa yang korang nak tengok sebenarnya. Bukan kena paksa tengok pun kan.

Memang betul la, kebanyakan drama adaptasi sekarang berkisarkan kahwin paksa. Ala...kalau korang peminat novel, memang kebanyakan novel dah jalaan cerita dia macam itu. Kahwin paksa. Jadi kalau sudah namanya diadaptasi, takkan memandai penerbit nak tukar jalan cerita.

Apapun...tak semua kita sukakan benda yang sama. Ringkasnya, tepuk dada tanya selera sendiri. Tak suka drama melayu, tengoklah sinetron Indonesia tak pun drama Filipina, Korea, Thailand, Tamil dan banyak lagi. Pilih saja.

Ok...sekian.

2 ulasan:

  1. Hihi..xsuka jgn tengok.. Nk suh benti tyg pon, camana drama boleh lepas utk ditygkn

    BalasPadam
  2. drama tu berdasarkan novel la kak gojes, saya dah baca novel tu sebelum drama ni keluar, jalan cerita dia, sebiji macam novel tu.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...