DIA...ISTERI LUAR BIASA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

25 Mei 2015

DIA...ISTERI LUAR BIASA

 DIA...ISTERI LUAR BIASA

novel, dia isteri luar biasa, fathia,keith foo, syukri yahya, slot akasianovel, dia isteri luar biasa, fathia,keith foo, syukri yahya, slot akasia


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini KG taip pasal slot Akasia di TV3 yang sedang ditayangkan sekarang Dia...Isteri Luar Biasa. Drama ni juga adaptasi dari novel yang ditulis oleh Umie Nadzimah

Tujuannya bukan mencari publisiti murahan untuk blog ni sebenarnya KG menaip pasal drama Dia...Isteri Luar Biasa. Tapi disebabkan pelakonnyalah KG menaip entri ni. Jom kita tengok siapa pelakon yang KG maksudkan tu.


hah..nampak gambar pelakon tu. Okey itu adalah dua orang yang berbeza, bukan orang yang sama. Faham? Yang baju hitam tu pelakon kacak dari Filipina yang bernama Jericho Rosales. Manakala yang berbaju kaler gold (eh..betulkah kaler gold tu?) pelakon baru dari Malaysia, Nama dia Syukri Yahya. Sebenarnya, KG sudah nampak beberapa kali si Syukri ni berlakon cuma tengok sekali imbas aje. Sehinggalah kemunculan si Syukri dalam drama Dia...Isteri Luar Biasa. Memang dia menarik perhatian KG yang dulu-dulunya meminati si Jericho tu. 

Sekarang pasti korang nampak persamaan dorang kan. Sama tapi tak serupa. Ahaks...umpamanya si Syukri ni adalah Jericho Rosales versi Malaysia la. Nampak dia berlakon dengan Fathia dan Keith Foo... KG kesian pulak dengan Keith Foo.....hahahah kan dulu dalam drama Ariana Rose, Keith Foo jadi Tengku Adam Kamil yang kaki perempuan digandingkan dengan Ariana Rose (Fathia). Ni dalam Dia...Isteri Luar Biasa Keith Foo jadi jantan kepit la pulak.

Apapun..jom layan Dia...Isteri Luar Biasa malam ni jam 7 malam di tv3. Wassalam.


2 ulasan:

  1. tengah tengok ni, tak tinggal tau.hehehe

    BalasPadam
  2. dia isteri luar biasa.... hehehe ada sama erk. tapi bila shukri yahya bermisai nampak macam lain skit

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...